Monday, August 3, 2015

Pakaian Muslimah dalam Quran

Adakah pakaian sedemikian yang dipraktikkan oleh sebilangan kaum muslimah sedunia dilakukan atas perintah Allah atau perintah manusia, atau atas faktor cuaca dan keadaan persekitaran semata-mata?

....Allah tidak sekali menjadikan agama susah untuk kamu; Dia ingin menyucikan kamu dan memenuhkan rahmatNya kepada kamu, supaya kamu dapat mensyukurinya. (5:6)

Adab berpakaian, makan dan minum yang dianjurkan dalam Quran,

(7:31) Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mesjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.

*Maksudnya: janganlah melampaui batas yang dibutuhkan oleh tubuh dan jangan pula melampaui batas-batas makanan yang dihalalkan.


Fikir-fikirkanlah.




Friday, December 19, 2014

Hadis Allah (Quran) atau Hadis Nabi (kata-kata manusia) yang jadi pilihan anda?

Salam sejahtera buat semua para pembaca yang dihormati,

Allah ada menyebut dalam Quran bahwa hadis yang terbaik hanyalah Hadis Allah iaitu Quran itu sendiri. Dari mana pula timbulnya hadis nabi yang harus diikuti oleh umat Muslim sedunia mengikut pendapat kebanyakan para cendekiawan Islam dan para alim-ulamak dari dulu hingga kini?






Nasihat yang penting dari Allah buat kita semua,

Jangan sekali kamu menerima sebarang maklumat, melainkan kamu menentusahkannya sendiri. Aku telah berikan kepada kamu pendengaran, pemandangan dan akal, dan kamu akan dipertanggungjawabkan untuk menggunakan kesemuanya itu. (17:36)



Renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah. Semoga kita sama-sama beroleh hidayah serta petunjuk dari Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Pengampun.

Salamun Alaikum.

Harris Helmi.