Allah ada menyebut dalam Quran bahwa hadis yang terbaik hanyalah Hadis Allah iaitu Quran itu sendiri. Dari mana pula timbulnya hadis nabi yang harus diikuti oleh umat Muslim sedunia mengikut pendapat kebanyakan para cendekiawan Islam dan para alim-ulamak dari dulu hingga kini?
Nasihat yang penting dari Allah buat kita semua,
Jangan sekali kamu menerima sebarang maklumat, melainkan kamu menentusahkannya sendiri. Aku telah berikan kepada kamu pendengaran, pemandangan dan akal, dan kamu akan dipertanggungjawabkan untuk menggunakan kesemuanya itu. (17:36)
Renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah. Semoga kita sama-sama beroleh hidayah serta petunjuk dari Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Pengampun.
Salamun Alaikum.
Harris Helmi.