Tuesday, September 29, 2015

Kenali Identiti Sebenar Zulkarnain Yang Disebut Dalam Quran.






Sila kaji perjalanan hidup Zulkarnain dengan membuat perbandingan antara biografinya dengan penerangan Allah dalam Quran.


 Ayat Quran yang berbunyi,

Apabila dia sampai dilembah antara dua kubu kubu, dia dapati manusia yang bahasanya tidak dapat difahami. (18:93)

menggambarkan yang Zulkarnain ketika tiba di London, dia mendapati ada pesakit yang tidak dapat bertutur dengan baik, sesuai dengan salah satu kesan simptom WILSON disease terhadap pesakitnya, "PROBLEMS WITH SPEECH."








 Salah satu mangsa Gog Magog, https://www.youtube.com/watch?v=9-p0JDwzA7A 

https://www.youtube.com/watch?v=JgDvQUwUOo0 

 Zulkarnain telah menemukan ramuan untuk menahan penyakit WILSON ini dari terus menjalar menjadi kritikal dan kronik, iaitu zat besi berunsurkan ZINC. Namun kena ingat, penyakit keturunan ini tidak ada ubat untuk penyembuhan 100%, hanya sekadar rawatan meningkatkan ketahanan badan dari terus dijamah oleh Gog Magog = Yajuj Majuj.

https://www.youtube.com/watch?v=8J-paiI7Tww 

 Nasihat Yang Penting dari Allah,

Jangan sekali kamu menerima sebarang maklumat, melainkan kamu menentusahkannya sendiri. Aku telah berikan kepada kamu pendengaran, pemandangan dan akal, dan kamu akan dipertanggungjawabkan untuk menggunakan kesemuanya itu. (17:36)

Salam :-)


Siapa itu Yajuj Majuj atau Gog Magog?

Allah berfirman dalam Quran,

..."Makan dan minumlah daripada rezeki rezeki yang Allah kurniakan dan janganlah menjelajah dengan membuat kejahatan di muka bumi ini. (2:60)

Wahai manusia, makanlah dengan makanan yang baik dan halal dari bumi, dan janganlah kamu mengikuti jejak syaitan; sedangkan dia adalah musuh kamu yang paling nyata. (2:168)

Wahai orang orang yang percaya, makanlah makanan yang baik baik yang kami sediakan untuk kamu, dan berterima kasihlah kepada Allah, kalau memang sebenarnya kamu hanya sembah Dia sahaja. (2:172)

...dan akan aku perintahkan mereka supaya mengganggu ciptaan Allah." Sesiapa yang menerima syaitan sebagai Tuhan mereka, selain Allah, telah mendapatkan kerugian yang mendalam. (4:119)

Katakanlah, "Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah turunkan berbagai peruntukkan peruntukkan dan kamu menjadikan sebahagiannya itu haram dan sebahagian darinya dihalalkan?" Katakanlah, "Adakah Allah memberi kamu keizinan berbuat demikian? Ataupun, kamu mengada adakan pembohongan dan diatributkannya kepada Allah?" (10:59)

Dari itu, kamu mesti makan dari rezeki rezeki Allah semuanya yang halal lagi baik, dan bersyukurlah atas rahmat rahmat Allah, jika sebenarnya kamu menyembahNya sahaja. (16:114)

Dia bekata, "Bagi orang orang yang melampaui batas itu, kami akan menghukum mereka, dan apabila mereka kembali kepada Tuhan mereka, Dia akan komitkan mereka dengan hukuman yang berlebihan. (18:87)

--------------------------------------------------------

Kebanyakan kurniaan Allah dalam menurunkan bermacam benih biji-bijian dan tumbuhan sayur-sayuran serta buah-buahan, dan juga haiwan ternakan yang menghasilkan daging, susu, madu telah di cemari keaslian zatnya oleh manusia perosak dan pengganggu ciptaan Allah.

Yang dahulukalanya halal kini telah banyak menjadi haram tanpa kita sedari. Maka berhati-hatilah kita menjaga pemakanan dan minuman kita seharian agar tidak menjadi mangsa kepada para perosak dan para korupsi di bumi di mana mereka akan datang disetiap arah.

Mengelak dari sesuatu penyakit itu adalah lebih baik dari merawat dan mengubatinya.

Kenali lah musuh dalam makanan harian kita, yakni Yajuj Majuj = Gog Magog = Genetically Modified, yang berunsurkan besi tembaga berlebihan (Copper).

Salam ;-)



Thursday, August 6, 2015

Jangan Mencemuh.

Setiap Muslim wajib percaya pada Quran.
Setiap Muslim wajib memahami ayat-ayat Quran.
Setiap Muslim wajib mempraktikkan ajaran Quran.
Setiap Muslim wajib menyampaikan kepada yang lain amanat Quran.

Semua para utusan Allah yang telah lalu, kini sedang, dan yang akan diutus oleh Allah ke atas umat manusia, dari dahulukala sehinggalah dunia kiamat nanti, telah, sedang, dan akan menempuhi berbagai rintangan dan dugaan serta ujian berat dari Allah dalam mengharungi tugas menyampaikan mesej Allah kepada manusia lain, dengan penuh hemah dan kesabaran.

Ketahuilah, para utusan Allah telah, sedang dan akan dicemuh oleh manusia lain yang bersikap egois dengan berbagai panggilan dan gelaran, hanya kerana hasad dengki yang ada pada diri mereka terhadap para utusan Allah.

Dari itu, kita mesti senantiasa menggunakan kebijaksanaan dan akal pemikiran kita sebagaimana yang diumpamakan dalam Quran.

Kami memberikan kepada Musa Kitab, dan selepasnya disusuli dengan para rasul, dan kami memberikan kepada Isa putera Maryam, mukjizat mukjizat yang jelas, dan kami mengukuhkan dia dengan Roh Suci. Memang tidak dinafikan setiap kali rasul datang kepada kamu dengan membawa apa yang tidak kamu sukai, ego kamu membuatkan kamu menjadi penyombong,? Sebahagian dari mereka kamu jadikan musuh dan sebahagian lagi kamu bunuh. (2:87)

Kini apabila rasul dari Allah datang kepada mereka walaupun dia membuktikan Dan mengesahkan kitab mereka, sebahagian pengikut dari kitab (Yahudi, Nasrani dan Muslim ) membelakangkan kitab Allah seakan akan mereka tidak pernah mempunyai kitab langsung. (2:101)

Para rasul sebelum engkau telah dijadikan bahan cemuhan. Mereka yang mempersendakan para rasul itulah yang menerima penghinaan diatas perbuatan mereka. (6:10)

Orang orang hypokrit itu khuatir suatu surah yang boleh menerangkan yang dapat menunjukkan apa yang ada dihati hati mereka. Katakanlah, "Teruskanlah dengan cemuhan kamu. Allah akan memperlihatkan dengan sebenarnya apa yang kamu takutkan itu." (9:64)

Jika kami melambatkan hukuman yang disebabkan oleh mereka - kerana kami telah menetapkannya untuk komuniti yang tertentu - mereka berkata, "Apa yang menghalangNya?" Sebenarnya, jika semena mena saja ianya datang kepada mereka, tidak ada suatu apapun yang dapat menghalangnya, maka cemuhan mereka itu akan kembali menghantui mereka. (11:8)

Para rasul sebelum kamu telah dicemuh; Aku izinkan orang orang yang ingkar itu dengan cemuhan, dan kami menghukum mereka. Betapa dahsyatnya hukumanKu! (13:32)

Setiap kali rasul datang kepada mereka, mereka mencemuh. (15:11)

Apabila orang orang yang ingkar itu melihatmu, mereka mencemuhmu: "Adakah ini orangnya yang mencabar tuhan tuhan kamu?" Sementara itu, mereka tetap juga dengan tidak memperdulikan sepenuhnya mesej dari yang Maha Pengasih. (21:36)

Para rasul sebelummu telah dicemuh, dan akibatnya, orang orang yang mengejek ejekkan mereka itu telah pun mendapat siksaan kerana cemuhan mereka. (21:41)

"Tetapi kamu mencemuh dan mengejek ejekkan mereka, sampai ketahap yang kamu telah melupakanKu. Kamu juga selalu mentertawakan mereka. (23:110)

Apabila mereka melihatmu, mereka sentiasa mengejek ejekkanmu: "Adakah ini orangnya yang dipilih oleh Allah sebagai rasul? (25:41)

Akibatnya orang orang yang komit kejahatan pastilah akan mendapatkan kejahatan juga. Itu adalah kerana mereka mengingkari revelasi revelasi Allah, dan mencemuhkannya. (30:10)

Betapa malangnya keadaan manusia! Setiap kali seorang rasul datang kepada mereka, mereka sentiasa mencemuhnya. (36:30)

Segala pekerjaan pekerjaan dosa yang mereka telah usahakan akan ditunjukkan kepada mereka, dan segala perkara yang mereka pernah mencemuhkan akan datang menghantui mereka. (39:48)

Apabila para rasul mereka datang kepada mereka dengan membawa bukti bukti yang jelas, mereka bergembira dengan ilmu pengetahuan yang mereka telah warisi, dan perkara perkara yang mereka cemuhkan itulah yang akan menyebabkan kejatuhan mereka. (40:83)

Kerja kerja jahat mereka itu akan jadi bukti untuk mereka, dan segala apa saja yang mereka mencemuhkan itu akan datang kembali menghantui mereka. (45:33)

Kami telah memantapkan mereka dengan cara yang sama sebagaimana kami telah memantapkan kamu, dan mengadakan untuk mereka pendengaran, mata mata, dan minda minda. Tetapi pendengaran mereka, mata mata dan minda minda tidak akan dapat menolong mereka sedikit pun. Ini adalah kerana mereka mengambil keputusan untuk tidak memperdulikan revelasi revelasi dari Allah. Lantas, ramalan ramalan dan amaran amaran yang mereka mencemuhkan itu telah menyebabkan kemusnahan mereka. (46:26)

Orang orang yang ingkar menunjukkan cemuhan mereka dimata mata mereka apabila mereka mendengar mesej dan berkata,"Dia itu gila!" (68:51)

Wahai kamu yang percaya, tidak boleh ada manusia yang mencemuh manusia yang lainnya, kerana mungkin mereka itu lebih baik dari mereka. Tidak boleh ada wanita wanita yang mencemuh wanita wanita yang lain nya, kerana mungkin mereka itu lebih baik dari mereka. Dan janganlah juga kamu mencemuh satu sama lain, ataupun mempermain mainkan nama nama kamu. Sungguh jahat apabila mengulangi kembali kejahatan setelah mendapatkan iman. Sesiapa yang tidak mahu bertaubat selepas ini, orang orang inilah yang melampaui batas. (49:11)

Fikir-fikirkanlah.

Wednesday, August 5, 2015

Quran Adalah Rasul Allah?

Allah menyeru Quran mengumumkan dan mensahihkan kerasulannya dalam Quran itu sendiri,

Umumkanlah, "Jangan sekali kamu sembah melainkan Allah. Aku (Quran) datang kepada kamu dariNya sebagai PEMBERI AMARAN AMARAN, DAN JUGA SEBAGAI PENYAMPAI BERITA BERITA BAIK.(11:2)

Sebuah revelasi dari yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. (41:2)

Sebuah kitab yang ayat ayatnya mengandungi kesempurnaan dan terperinci, didalam Quran yang berbahasa Arab, bagi manusia yang tahu. (41:3)

PEMBAWA BAGI BERITA BERITA BAIK, DAN JUGA SEBAGAI PEMBERI AMARAN. Bagaimana pun, kebanyakan dari mereka berpusing balik; mereka tidak mahu mendengarkan. (41:4)


Renung-renungkanlah.

Rashad Khalifa tu Rasul Allah seperti yang dijanjikan Allah dalam Quran dan Bible?

Apakah Rashad Khalifa tu Rasul Allah seperti yang dijanjikan, dan disebut dalam (2:252),(3:81), (4:42), (4:61), (5:19), dan (34:28)?

Dan Sembilan belas (19) adalah angka mukjizat didalam Quran, yang mana telah diturunkan kepada Rashad Khalifah pada tahun 1974.

-------------------------------------

Ini adalah revelasi revelasi dari Allah. Kami bacakan melaluimu, dengan kebenaran kerana kau adalah satu diantara para rasul. (2:252)

Bukti dari Kod 19,
Dengan dicampurkan nombor ayat ini (252), dan dicampurkan dengan nilai gematrikal bagi "Rashad" (505), dan dicampurkan dengan nilai gematrikal bagi "Khalifah" (725) kita akan dapat 252+505+725 = 1482, ataupun 19x78.

-------------------------------------

Allah telah mengambil perjanjian dengan para nabi, dengan mengatakan, "Aku akan memberikan kepada kamu kitab dengan hikmah (kebijaksanaan). Sesudah itu, seorang rasul akan datang untuk mengesahkan kesemuanya kitab yang ada. Kamu mesti percaya kepadanya dan sokonglah dia." Dia berkata, "Adakah kamu setuju dengannya, dan berikrar untuk memenuhi perjanjian ini?" Mereka berkata, "Kami setuju." Dia berkata, "Kamu sekarang telah menjadi para saksi, dan Aku juga bersaksi bersama sama kamu sekelian." (3:81)

Bukti dari Kod 19,
Campurkan nilai gematrikal "Rashad" (505), dicampurkan dengan nilai gematrikal "Khalifah" (725), dicampurkan dengan nombor ayat (81) akan beroleh 1311, ataupun 19x69.

Sesiapa yang mengingkari (ramalan Quran) ini adalah yang zalim. (3:82)

Mengapa mesti Allah membimbing orang orang yang ingkar sesudah percaya dan setelah menyaksikan kebenaran rasulnya dan sesudah bukti yang kuat diberikan kepada mereka? Sesungguhnya Allah tidak akan membimbing orang orang yang zalim. (3:86)

-------------------------------------

Pada hari itu, sesiapa yang ingkar dan tidak ta'at kepada rasul mereka, akan menginginkan supaya mereka disama ratakan dengan tanah; tidak ada suatu perkataan pun yang mereka boleh sembunyikan dari Allah. (4:42)

Bukti dari Kod 19,
Dengan mencampurkan nilai gematrikal "Rashad" (505), dicampurkan dengan nilai gematrikal "Khalifah" (725), dicampurkan dengan nombor surah dan ayat (442), kita akan mendapatkan jumlah 505+725+442=1672, ataupun 19x88.

-------------------------------------

Apabila dikatakan kepada mereka, "Datanglah kepada apa yang diberikan oleh Allah, dan kepada rasulNya," kamu akan melihat orang orang hypokrit itu langsung mengelakkan diri diri mereka daripada kamu. (4:61)

Bukti dari Kod 19,
Dengan mencampurkan nilai gematrikal "Rashad" (505), dicampurkan dengan nilai gematrikal "Khalifah" (725), dicampurkan dengan nombor surah dan ayat (461), kita akan mendapatkan jumlah 505+725+461=1691, ataupun 19x89.

-------------------------------------

Wahai pengikut kitab, rasul kami telah datang kepada kamu untuk menerangkan sesuatu perkara kepada kamu, selepas waktu yang lama tidak didatangi oleh rasul rasul, supaya tidak kamu mengatakan kelak, "Kami tidak menerima sebarang dari orang yang dapat mengajarkan kami atau memberikan kami amaran." Orang yang mengajarkan dan juga pemberikan amaran telah datang kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa. (5:19)

Bukti dari Kod 19,
Dengan mencampurkan nilai gematrikal "Rashad" (505), dicampurkan dengan nilai gematrikal "Khalifah" (725), dicampurkan dengan nombor surah (5), dan dicampur juga dengan ayat nombor (19), kita akan mendapatkan jumlah 505+725+5+19=1254, ataupun 19x66.

-------------------------------------

Kami telah menghantar kau (wahai Rashad) kepada semua manusia, pembawa berita berita baik, begitu juga sebagai pemberi amaran, tetapi kebanyakan manusia tidak ketahui. (34:28)

Bukti dari Kod 19,
Dengan mencampurkan nilai gematrikal "Rashad" (505), dicampurkan dengan nilai gematrikal "Khalifah" (725), dicampurkan dengan nombor surah (34), dan dicampur juga dengan ayat nombor (28), kita akan mendapatkan jumlah 505+725+34+28=1292, ataupun 19x68.

-------------------------------------

 Bahwasanya Aku menyuruhkan utusan-Ku, yang menyediakan jalan di hadapan hadirat-Ku, dan dengan segera akan datang kepada kaabahnya Tuhan, yang kamu cahari, dan Malaekat perjanjian, yang kamu rindukan itu, bahwasanya Ia datang, demikianlah firman Tuhan serwa sekalian alam! (Malachi 3:1)

Tetapi siapa gerangan akan menderita hari kedatangan-Nya? Dan siapa tahan berdiri, apabila kelihatanlah Ia? Karena Iapun seperti api pandai emas dan seperti sabun benara! (Malachi 3:2)

Ia datang untuk menghakimi, seperti orang yang membersihkan dan memurnikan perak. Seperti seorang tukang logam memurnikan emas dan perak, begitulah utusan TUHAN akan memurnikan para imam supaya mereka mempersembahkan kurban-kurban dengan cara yang dikehendaki TUHAN. (Malachi 3:3)

Lukas 17:22-37

Dan Ia berkata kepada murid-murid-Nya: "Akan datang waktunya kamu ingin melihat satu dari pada hari-hari Anak Manusia itu dan kamu tidak akan melihatnya. Dan orang akan berkata kepadamu: Lihat, ia ada di sana; lihat, ia ada di sini! Jangan kamu pergi ke situ, jangan kamu ikut. Sebab sama seperti kilat memancar dari ujung langit yang satu ke ujung langit yang lain, demikian pulalah kelak halnya Anak Manusia pada hari kedatangan-Nya. Tetapi Ia harus menanggung banyak   penderitaan dahulu dan ditolak oleh angkatan ini. Dan sama seperti terjadi pada zaman Nuh ,   demikian pulalah halnya kelak pada hari-hari Anak Manusia: mereka makan dan minum, mereka kawin dan dikawinkan, sampai kepada hari Nuh masuk ke dalam bahtera, lalu datanglah air bah dan membinasakan mereka semua. Demikian juga seperti yang terjadi di zaman Lot:  mereka makan dan minum, mereka membeli dan menjual, mereka menanam dan membangun. Tetapi pada hari Lot pergi keluar dari Sodom turunlah hujan api dan hujan belerang dari langit dan membinasakan mereka semua. Demikianlah halnya kelak pada hari, di mana Anak Manusia menyatakan  diri-Nya. Barangsiapa pada hari itu  sedang di peranginan di atas rumah dan barang-barangnya ada di dalam rumah, janganlah ia turun untuk mengambilnya, dan demikian juga orang yang sedang di ladang, janganlah ia kembali. Ingatlah akan isteri Lot ! Barangsiapa berusaha memelihara nyawanya, ia akan kehilangan nyawanya, dan barangsiapa kehilangan nyawanya, ia akan menyelamatkannya. Aku berkata kepadamu: Pada malam itu ada dua orang di atas satu tempat tidur, yang seorang akan dibawa dan yang lain akan ditinggalkan. Ada dua orang perempuan bersama-sama mengilang, yang seorang akan dibawa dan yang lain akan ditinggalkan." (Kalau ada dua orang di ladang, yang seorang akan dibawa dan yang lain akan ditinggalkan.) Kata mereka kepada Yesus: "Di mana, Tuhan?" Kata-Nya kepada mereka: "Di mana ada mayat, di situ berkerumun burung nasar ."

Wallahualam.



Monday, August 3, 2015

Hadis dan Sunnah Nabi Adalah Satu Penipuan?

Setiap Muslim wajib percaya pada Quran.
Setiap Muslim wajib memahami ayat-ayat Quran.
Setiap Muslim wajib mempraktikkan ajaran Quran.
Setiap Muslim wajib menyampaikan kepada yang lain amanat Quran.

Malangnya majoriti umat Muslim lebih gemar bersandarkan pada hadis dan sunnah nabi yang diatributkan pada Muhammad, walhal ia bukan dari Muhammad melainkan dari musuh Allah, musuh Muhammad, musuh para Malaikat dan musuh semua para Muslim, para Mumin dan para bani Adam yang percaya dan bertakwa hanya pada Allah sahaja.

Mengikut cerita rekaan jin dan manusia, Muhammad memiliki banyak mukjizat yang hebat-hebat belaka. Antara yang sempat dipetik dari hadis Bukhari, Muslim, dan Ahmad yang dianggap sahih dan dipercayai oleh majoriti umat Muslim adalah seperti berikut:-

Mengerti bahasa binatang seperti Nabi Sulaiman
Memerintah bumi & pohon seperti Nabi Musa
Diberi mukjizat seperti Nabi Ibrahim
Anak yang meninggal bangkit hidup kembali… (mirip mukjizat Nabi Isa AS)

Menyembuhkan orang buta
Menyembuhkan orang lumpuh
Menyembuhkan orang cacat sejak lahir
Mengetahui isi hati

Memberi makan beribu orang dengan seketul makanan
Memberi minum beribu orang dengan sikit air
Mengeluarkan air ditengah padang gurun
Mengeluarkan air dari sela jari untuk wudhu beribu orang
Menyembuhkan putri raja yg cacat tanpa tangan & kaki

Membelah bulan menjadi 2 bagian
Dan ini telah dibuktikan oleh para astronot yg menghabiskan dana ratusan juta dollar

Mengetahui apa yang telah terjadi
Mengetahui apa yang sedang terjadi
Mengetahui apa yang akan terjadi
Melihat yg dibelakang punggungnya seperti dari depan

Musuh bergetar tak mampu membunuh
Bumi memakan orang yang hendak membunuh beliau
Musuh tak dapat melihat beliau
Tidak dapat dibunuh musuh

Rombongan berkuda para sahabat boleh dapat menyeberang laut dengan berkuda saat mengejar musuh yang lari dengan kapal layar, dll.


Kita hendaklah senantiasa menggunakan kebijaksanaan dan akal pemikiran kita sebagaimana yang diumpamakan dalam Quran.

Ini adalah revelasi revelasi dari Allah yang kami bacakan kepada kamu dengan kebenaran. Hadis yang manakah selain dari Allah dan revelasi revelasiNya yang kamu dapat mempercayakan? (45:6)

Malang sungguh bagi setiap pemalsu dan pesalah. (45:7)

Apa salah dengan logik kamu? (68:36)

Adakah kamu mempunyai buku yang lain untuk didukung? (68:37)

Didalamnya, adakah kamu mendapati apa yang kamu mahu? (68:38)

Jangan sekali kamu menerima sebarang maklumat, melainkan kamu menentusahkannya sendiri. Aku telah berikan kepada kamu pendengaran, pemandangan dan akal, dan kamu akan dipertanggungjawabkan untuk menggunakan kesemuanya itu. (17:36)

Mereka berkata, "Kami tidak akan percayakan kau melainkan jika kau boleh membuat mata air pancut keluar dari tanah. (17:90)

...Katakanlah, "Segala kepujian bagi Tuhanku. Mestikah aku lebih dari seorang rasul?" (17:93)


Satu-satunya mukjizat Allah yang dikurniakan pada Muhammad ialah Kitab Quran sahaja, sebuah Hadis Allah yang terbaik, yang telah mendedahkan kepalsuan hadis-hadis rekaan tangan jin dan manusia.

Renung-renungkanlah.



.

Janganlah Kamu Membunuh.

Apabila dikatakan kepada mereka,"Janganlah kamu melakukan kejahatan," Mereka berkata, "Tetapi! kami hanya ingin membuat kebaikan. (2:11)

 Padahal, merekalah orang-orang yang membuat kejahatan, tetapi mereka tidak sedar. (2:12)

Allah akan memperolok olokkan mereka dengan membiarkan mereka didalam kejahatan yang melampaui batas itu lantaran itu membuat kesilapan yang banyak. (2:15)

Janganlah menggunakan nama Allah dalam kebiasaan sumpahanmu, berkemungkinan yang kamu dapat dilihat seperti orang orang yang percaya, salih ataupun ingin mendapatkan kepujian dari manusia. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (2:224)

Janganlah kamu membunuh sesiapa jua kerana Allah telah menjadikan nyawa itu suci - melainkan untuk menegakkan keadilan. Jika seseorang telah dibunuh dengan tidak adil, dan kami berikan autoritif kepada warisnya untuk memaksakan keadilan. Lantas, dia tidak boleh berlebih lebihan untuk menuntut bela terhadap pembunuhan itu, dia akan mendapat pertolongan. (17:33)

Walaupun adil untuk membalas kejahatan dengan hukuman yang sama jahat, orang orang yang memaafkan dan mengamalkan amalan yang benar akan mendapat anugerah dari Allah. Dia tidak cinta kepada orang orang yang zalim. (42:40)




Kod Matematika 19 Adalah Mukjizat Agung Quran?



Setiap Muslim wajib percaya pada Quran.
Setiap Muslim wajib memahami ayat-ayat Quran.
Setiap Muslim wajib mempraktikkan ajaran Quran.
Setiap Muslim wajib menyampaikan kepada yang lain amanat Quran.

Quran ditandai oleh suatu fenomena unik yang tidak pernah ditemukan dalam buku karangan manusia manapun. Setiap unsur Quran terdiri atas komposisi matematika, unsur-unsur tersebut meliputi: surah, ayat, kata, banyaknya huruf-huruf tertentu, banyaknya kata dari urutan yang sama, nombor dan variasi tentang nama Tuhan, ejaan yang unik dari kata-kata tertentu, ketiadaan atau perubahan yang disengaja dari surat tertentu di dalam kata-kata tertentu, dan banyak lagi unsur-unsur Quran disamping isinya.

Ada dua hal utama dalam sistem matematika Quran:

(1) Komposisi matematika berkaitan dengan kesusastraan, dan

(2) Struktur matematika yang menyertakan nombor surah dan nombor
ayat. Oleh kerana kod matematika yang komprehensif, sesuatu penyelewengan teks atau fizikal susunan al-Quran adalah mudah didedahkan.

Kita hendaklah senantiasa menggunakan kebijaksanaan dan akal pemikiran kita sebagaimana yang diumpamakan dalam Quran.

Diatasnya adalah sembilan belas. (74:30)

Kami melantikkan para malaikat menjadi penjaga penjaga Neraka, dan kami berikan nombor mereka (19) (1) untuk mengganggu orang orang yang ingkar, (2) untuk menyakinkan orang orang Kristian dan Yahudi (yang ini adalah kitab suci dari Tuhan), (3) untuk menguatkan iman orang orang yang ta'at, (4) untuk menghilangkan semua kesan keraguan dihati hati orang orang Kristian dan Yahudi, begitu juga dengan orang orang yang percaya, dan (5) untuk mendedahkan orang orang yang menyembunyikan keraguan dihati hati mereka, dan juga orang orang yang ingkar; mereka akan berkata, "Apakah yang Allah maksudkan dengan aligori ini?" Lantas Allah membiarkan sesat sesiapa saja yang Dia kehendaki, dan membimbing sesiapa saja yang Dia kehendaki. Tiada siapa yang tahu askar askar Tuhan kamu melainkan Dia. Ini adalah suatu penyataan untuk manusia. (74:31)

Ini adalah salah satu dari mukjizat mukjizat yang besar. (74:35)

Jika kamu didalam keraguan mengenai apa yang telah kami turunkan kepada hamba kami, maka datangkanlah satu surah yang serupa ini, dan panggillah saksi-saksi atau penolong penolong kamu yang kamu ada adakan disamping Allah, jika kamu orang orang yang benar. (2:23)

Jika kamu tidak boleh membuat demikian, sudah pasti kamu tidak akan dapat membuatnya, maka awaslah api Neraka, yang bahan pembakarnya adalah daripada manusia manusia dan batu batu yang digunakan untuk membakar orang orang yang ingkar. (2:24)

Jika mereka berkata, "Dia membuat-buatnya," katakan, "Dan buatkan satu surah serupa ini, dan jemputlah sesiapa saja yang kamu inginkan, selain Allah, jika kamu sememangnya benar." (10:38)

Jika mereka berkata, "Dia yang mereka rekakan," beritahukan kepada mereka, "Dan buatlah sepuluh surah seperti ini, reka rekakanlah, dan jemput siapa saja yang kamu boleh, selain Allah, jika kamu sememangnya benar." (11:13)

Katakanlah, "Jika kesemua manusia dan semuanya jin bersatu untuk menghasilkan Quran serupa ini, mereka tidak akan dapat menghasilkan suatu apa apapun yang serupa dengannya, walaupun berapa banyak pembantu yang dapat menolong satu sama lain." (17:88)

Katakanlah, "Bagaimanakah jika ianya adalah dari Allah dan kamu mengingkarinya? Seorang saksi dari Bani Israil telah menjadi saksi kepada fenomena yang serupa, dan dia telah percaya, sementara kamu telah menjadi sombong. Sudah tentu, Allah tidak akan membimbing orang orang yang zalim." (46:10)


Fikir-fikirkan lah.

Apakah Tradisi Berkhatan Itu Perintah Dari Maha Pencipta?

Setiap Muslim wajib percaya pada Quran.
Setiap Muslim wajib memahami ayat-ayat Quran.
Setiap Muslim wajib mempraktikkan ajaran Quran.
Setiap Muslim wajib menyampaikan kepada yang lain amanat Quran.

Dalam Kitab Perjanjian Lama (Old Testament), ada disebut yang Ibrahim telah mengkhatankan dirinya sendiri ketika dia berusia 99 tahun, di atas perintah Tuhan.

Genesis 17:10-14,
Inilah perjanjian-Ku, yang harus kamu pegang, perjanjian antara Aku dan kamu serta keturunanmu, yaitu setiap laki-laki di antara kamu harus disunat; haruslah dikerat kulit khatanmu dan itulah akan menjadi tanda perjanjian antara Aku dan kamu. Anak yang berumur delapan hari haruslah disunat, yakni setiap laki-laki di antara kamu, turun-temurun: baik yang lahir di rumahmu, maupun yang dibeli dengan uang dari salah seorang asing, tetapi tidak termasuk keturunanmu. Orang yang lahir di rumahmu dan orang yang engkau beli dengan uang harus disunat; maka dalam dagingmulah perjanjian-Ku itu menjadi perjanjian yang kekal. Dan orang yang tidak disunat, yakni laki-laki yang tidak dikerat kulit khatannya, maka orang itu harus dilenyapkan dari antara orang-orang sebangsanya: ia telah mengingkari perjanjian-Ku.


Dalam Kitab Perjanjian Baru (New Testament), ada juga disebut yang Isa dikhatankan ketika dia baru berusia 8 hari.

Lukas 2:21,
Dan ketika genap delapan hari dan Ia harus disunatkan, Ia diberi nama Yesus, yaitu nama yang disebut oleh malaikat sebelum Ia dikandung ibu-Nya.

Sebagaimana majoriti umat Islam sependapat malah bersetuju bahwasanya Kitab Quran adalah firman Allah yang mensahihkan hal-hal perkara yang benar yang terdapat di dalam kitab-kitab terdahulu. Fakta ini disokong oleh Quran itu sendiri,

Katakanlah, "Sesiapa yang menjadi musuh kepada Jibrail patutlah ketahui bahwa, dialah yang menurunkannya (Quran) kedalam hatimu dengan izin Allah, mengesahkan kitab sebelumnya, dan memberi petunjuk, dan juga berita berita gembira bagi orang orang yang percaya." (2:97)

Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah. (2:120)

Apabila mereka diundang, " Ikutlah apa yang Allah telah bentangkan didalamnya," mereka menjawab "Kami mengikuti apa yang kami dapatinya dari amalan ibu bapa ibu bapa kami,"Bagaimanakah jika orang orang tua mereka itu tidak memahaminya, dan tidak juga mendapat petunjuk.? (2:170)

Kami tidak turunkan Quran ini untuk memberi sebarang kesukaran kepadamu. (20:2)

Malangnya, isu sunat atau khatan tidak terdapat langsung dan juga tidak disebutkan langsung oleh Allah dalam Quran. Mengapa sedemikian jadinya?

Persoalan di sini, apakah tidak cukup jelas keterangan yang Allah telah berikan, tentang penciptaan manusia di dalam Quran? Sehinggakan manusia sanggup mengubah rekabentuk ciptaan Allah yang asli?

Kita hendaklah senantiasa menggunakan kebijaksanaan dan akal pemikiran kita sebagaimana yang diumpamakan dalam Quran.

Allah Sahajalah yang memberikan bumi untuk menjadikan tempat kediaman bagi kamu, dan langit satu struktor yang mengkagumkan, dan Dia membentukkan kamu, dan membentukkan kamu dengan cukup sempurna. Dia Sahajalah yang mengadakan untuk kamu peruntukkan peruntukkan yang baik. Demikian itulah Allah Tuhan kamu; yang Maha Tinggi adalah Allah, Tuhan bagi semesta alam. (40:64)

Dialah yang menciptakan sekelian cekrawala dan bumi untuk tujuan yang tertentu, membentukkan kamu dan menyempurnakan pembentukkan kamu, lalu kepadaNya sajalah destini yang terakhir. (64:3)

Kami mengukurnya dengan tepat. Kamilah pereka pereka bentuk yang terbaik. (77:23)

Dari setitik yang halus, Dia menciptakannya dan membentuknya. (80:19)

Yang Esa yang menciptakan kamu, membentukkan kamu, dan menyempurnakan kamu. (82:7)

Dalam apa saja reka bentuk yang Dia pilih, sesungguhnya, Dialah yang membinakannya. (82:8)

Kami menciptakan manusia dari reka bentuk yang terbaik. (95:4)

Fikir-fikirkan lah.


Apakah Lemak Babi Itu Haram Bagi Orang Islam?

Setiap Muslim wajib percaya pada Quran.
Setiap Muslim wajib memahami ayat-ayat Quran.
Setiap Muslim wajib mempraktikkan ajaran Quran.
Setiap Muslim wajib menyampaikan kepada yang lain amanat Quran.

Apakah tidak cukup jelas keterangan yang Allah telah berikan, tentang halal dan haram dalam Quran? Kita ambil satu contoh sahaja, iaitu haiwan yang bernama BABI. Umumnya, Allah telah mengharamkan manusia dari menjamah DAGING BABI sahaja seperti yang dinyatakan dalam (2:173), (5:3), (6:145) dan (16:115). 


Dia hanya mengharamkan untuk kamu dari memakan binatang yang mati dengan sendirinya, (dengan tidak ada campur tangan dari manusia) darah, daging babi, dan binatang untuk dipersembahkan selain dari Allah. Tetapi apabila seseorang itu dipaksa (untuk memakannya), dengan tidak ada kedengkian atau dengan tidak sengaja, maka itu tidak berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (2:173)
  
Diharamkan bagi kamu ialah binatang binatang yang mati dengan sendirinya, darah, daging babi, dan binatang binatang yang dipersembahkan selain dari Allah. (Binatang yang mati dengan sendirinya termasuk yang) mati tercekik, diketuk dengan benda yang kuat, jatuh dari tempat yang tinggi, rodokan yang berlumuran darah, diterkam oleh binatang buas ? melainkan kamu menyelamatkan binatang kamu sebelum ianya mati ? dan binatang sembelihan yang ditaruh dialtar untuk persembahan mereka. Dan juga diharamkan dengan membahagikan daging melalui permainan yang dikhaskan pembayarannya melalui pertarungan; ini adalah satu kekejian. Sekarang ini orang orang yang ingkar itu telah bertukar hati berkenaan (pembasmian) agama kamu; jangan takuti mereka bahkan takutilah Aku. Hari ini, Aku telah lengkapkan agama kamu, menyempurnakan rahmatKu kepada kamu, dan aku telah mendekrikan yang penyerahan diri diri kamu semata mata (kepadaKu) sebagai agama kamu (Islam). Jika seseorang dipaksakan kerana kebuluran (memakan makanan yang diharamkan), dengan tidak disengajakan untuk membuat dosa, maka Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (5:3) 

Katakanlah, "Aku tidak jumpa didalam revelasi revelasi yang diberikan kepadaku berkenaan semua makanan yang diharamkan bagi pemakan melainkan: (1) daging bangkai yang reput, (2) darah yang mengalir, (3) daging babi, kerana ianya tercemar, dan (4) daging kepada binatang yang telah dikotori dengan didedikasikan selain dari Allah." Jika seseorang telah terpaksa (memakannya), dengan tidak disengajakan ataupun bukan dengan kedengkian, maka sesungguhnya Tuhan kamu itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (6:145)

Dia hanya mengharamkan bagi kamu binatang yang sudah mati, darah, daging babi, dan makanan yang didedikasikan selain Allah. Jika seseorang terpaksa (memakan ini) tanpa disengajakan ataupun dengan tidak berniat dengki, maka Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (16:115)
 
Persoalan di sini, apakah LEMAK BABI juga haram atau tidak haram untuk manusia?

Kita hendaklah senantiasa menggunakan kebijaksanaan dan akal pemikiran kita sebagaimana yang diumpamakan dalam Quran.

Dan kami tahu dengan sepenuhnya sesiapa diantara kamu yang maju kehadapan, dan kami juga tahu dengan sepenuhnya orang orang yang membelakangkan. (15:24)

Wahai rasul, janganlah engkau merasa sedih dengan orang orang yang lekas mengingkarkan diantara mereka, dengan mengatakan, "Kami percaya," hanya dimulut mereka sahaja, padahal dihati hati mereka tidak percaya. Ada diantara Yahudi, yang mendengarkan pembohongan. Mereka mendengar daripada orang yang belum pernah bertemu dengan engkau, lalu memutarbelitkan perkataan perkataan yang terkeluar dari konteksnya, sambil mengatakan, "Jika kamu diberikan ini, terimalah, tetapi sekiranya jika kamu diberikan sesuatu yang berlainan, berjagalah." Sesiapa sahaja yang Allah izinkan berpaling dari kebenaran, maka tidak ada apa yang dapat engkau lakukan untuk menolong mereka dari Allah. Allah tidak mengingini untuk membersihkan hati hati mereka. Mereka telah mendapatkan kehidupan yang hina didunia ini, dan diAkhirat kelak, mereka akan menderita dengan hukuman yang dahsyat. (5:41)

Bagi orang orang Yahudi kami haramkan kepada mereka binatang binatang yang kuku kukunya tidak dibahagikan; dan juga kami mengharamkan LEMAK LEMBU DAN BIRI BIRI, melainkan yang terletak dibelakang binatang tersebut, ataupun didalam visera, atau yang bercampur dengan tulang tulang. Itu adalah hukuman kerana mereka sangat melampaui batas, sesungguhnya kamilah yang benar. (6:146)

Wahai orang orang yang percaya, jangan kamu mengharamkan barang barang yang baik yang telah dihalalkan oleh Allah, dan janganlah berketerlaluan; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang orang yang melampaui batas. (5:87)

Katakanlah, "Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah turunkan berbagai peruntukkan peruntukkan dan kamu menjadikan sebahagiannya itu haram dan sebahagian darinya dihalalkan?" Katakanlah, "Adakah Allah memberi kamu keizinan berbuat demikian? Ataupun, kamu mengada adakan pembohongan dan diatributkannya kepada Allah?" (10:59)


Fikir-fikirkan lah.


Awas Janji Iblis Pada Allah Terhadap Bani Adam


"Aku akan sesatkan mereka, akan aku tarik mereka semua, dan memerintahkan mereka supaya (melarang memakan sesetengah daging dengan) menandakan sesuatu ditelinga telinga binatang ternakan mereka, dan akan aku perintahkan mereka supaya mengganggu ciptaan Allah." Sesiapa yang menerima syaitan sebagai Tuhan mereka, selain Allah, telah mendapatkan kerugian yang mendalam. (4:119)

Dia yang menjanjikan mereka dan memujuk mereka; apa yang dijanjikan oleh syaitan itu hanyalah illusi. (4:120)

Wahai orang orang yang percaya, minuman keras, perjudian, berhala berhala diatas altar dan permainan dengan bertaruhan nasib, ini semua adalah perbuatan keji dari syaitan; kamu mestilah menjauhkan diri darinya, supaya kamu beroleh kejayaan. (5:90)

Syaitan cuba menggalakkan kamu dengan kemarahan dan kebencian diantara kamu melalui minum keras dan juga perjudian, dan supaya dapat melupakan kamu dari mengingati Allah, dan Mengerjakan Sembahyang (Salat). Dapatkah kamu menahan diri? (5:91)

Dia berkata, "Tuhanku, sekiranya adalah kehendakMu yang aku ini telah sesat, tentu sekali aku akan menggoda mereka yang dibumi; aku akan menyesatkan kesemuanya sekali. (15:39)

"Melainkan orang orang yang diantara penyembah penyembahMu yang mengabdikan sepenuh penuh pengabdian kepadaMu sahaja." (15:40)

Dia berkata, "Inilah perundangan yang tidak dapat dicabul. (15:41)

"Kau tidak ada kuasa keatas hamba hambaKu. Engkau hanya mempunyai kuasa keatas orang orang yang sesat yang mengikutimu. (15:42) 


Pemboros itu adalah saudara syaitan, dan syaitan itu tidak tahu bersyukur kepada Tuhannya. (17:27)
 
Dia berkata, "Oleh sebab Engkau telah memuliakan dia dariku, jika Engkau tangguhkan aku sehingga keHari Kebangkitan, aku akan kenakan kesemua keturunan keturunannya, melainkan hanya sedikit." (17:62)


Wahai orang orang yang percaya, kamu mesti menyerahkan diri kamu (kepada Allah) dengan sepenuh penyerahan; janganlah mengikuti jejak syaitan, kerana mereka itu adalah musuh kamu yang nyata. (2:208)

Syaitan menjanjikan kamu kemiskinan dan memerintahkan kamu supaya membuat kejahatan, sementara Allah menjanjikan kamu pengampunan dan kesayangan daripadaNya. Sesungguhnya Allah Amat Mewah lagi Maha Mengetahui. (2:268)

Adalah sistem syaitan untuk menanamkan perasaan takut kepada sesiapa yang dikuasainya. Jangan kamu takutkan mereka, tetapi takutilah Aku, jika kamu adalah orang orang yang percaya. (3:175)

Orang orang yang percaya berjuang dijalan Allah, sementara orang orang yang ingkar berjuang untuk menunjukkan kekejaman mereka. Dari itu kamu mesti menentang sekutu sekutu syaitan; sesungguhnya syaitan tidak mempunyai kekuasaan walau sedikit pun. (4:76)

Wahai anak anak Adam, jangan jadikan diri diri kamu mangsa penipuan syaitan yang mana dia telah menjadikan ibu bapa kamu terusir dari Syurga, dan menanggalkan pakaian mereka untuk menunjukkan tubuh tubuh mereka. Dia dan sukunya nampak kamu, sementara kamu tidak nampak mereka. Kami melantik syaitan untuk menjadikan teman teman kepada orang orang yang ingkar. (7:27)

Ada yang Dia bimbing, sementara yang lainnya telah dikomitkan kepada kesesatan. Mereka telah mengambil syaitan syaitan sebagai tuan tuan mereka, daripada Allah, bagaimanapun mereka masih percaya yang mereka itu telah mendapat bimbingan. (7:30)

Apabila syaitan membisikkan kepada kamu sebarang bisikkan, carilah perlindungan kepada Allah; sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (7:200)

Orang orang yang benar, bila saja syaitan cuba mendatangi mereka dengan idea idea, mereka teringat, lalu mereka dapat melihat. (7:201)

Allah yang menyebabkan kamu mendapatkan ketenangan dan juga dapat tidur dengan aman, dan Dialah yang menurunkan air dari langit untuk membersihkan kamu dengannya. dan Dia juga yang melindungi kamu dari sumpahan syaitan, dan mententeramkan hati hati kamu dengan menguatkan pendirian kamu. (8:11)

Dan syaitan akan berkata, setelah pengadilan telah diisukan, "Allah telah menjanjikan kamu dengan perjanjian yang benar, dan aku berjanji kepada kamu, tetapi aku memungkiri janjiku. Aku tidak ada kuasa diatas kamu; aku hanya mengundang kamu, dan kamu menerima perundanganku. Dari itu, jangan menyalahkanku, dan salahkanlah diri diri kamu sendiri. Pengaduanku tidak dapat menolong kamu, tidak juga pengaduan kamu dapat menolongku. Aku tidak akan percaya dengan pemujaan kamu terhadapku. Orang orang yang melampaui batas itu akan menerima hukuman yang amat menyakitkan." (14:22)

Beritahukan kepada hambaKu supaya bertegur sapalah dengan cara yang terbaik terhadap satu sama lain, kerana syaitan sentiasa cuba untuk mengaturkan kemarahan diantara mereka. Tentu sekali, syaitan itu adalah musuh manusia yang amat nyata. (17:53)

Diantara manusia, ada orang orang yang bertengkar tentang Allah dengan tidak berilmu pengetahuan, dan mengikuti setiap syaitan yang durhaka. (22:3)

Kami tidak menghantar sebelummu sebarang rasul, mahupun nabi, tanpa adanya syaitan yang cuba mengganggu dalam keinginannya. Maka Allah membatalkan apa yang syaitan telah lakukan. Allah sempurnakan revelasi revelasiNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (22:52)

Katakanlah, "Tuhanku, aku bermohon perlindungan denganMu dari bisikan bisikan syaitan. (23:97)

Wahai orang orang yang percaya, janganlah mengikuti langkah langkah syaitan. Sesiapa yang mengikuti langkah lankah Syaitan, mestilah mengetahui yang dia menggalakkan kejahatan dan kemungkaran. Jika ianya tidak kerana limpah kurnia Allah terhadap kamu, dan belas kasihNya, tidak ada satu pun dari kamu dapat disucikan. Tetapi Allah menyucikan sesiapa saja yang dikehendakiNya. Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (24:21)

Syaitan itu adalah musuh kamu, maka perlakukanlah dia sebagai seorang musuh. Dia hanya menjemput kumpulannya menjadi penghuni penghuni Neraka. (35:6)

Tidakkah Aku telah membuat perjanjian dengan kamu, wahai anak anak Adam, supaya kamu janganlah menyembah syaitan? Kerana dia adalah musuh kamu yang nyata? (36:60)

Apabila syaitan membisikkan suatu idea kepada kamu, kamu mestilah memintakan perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (41:36)

Sesiapa saja yang tidak memperdulikan mesej dari yang Maha Pengasih, kami akan melantik seorang syaitan menjadi teman yang tetap untuknya. (43:36)

Jangan biarkan syaitan memalingkan kamu; sesungguhnya, dia adalah musuh kamu yang nyata. (43:62)



 

Tak Kenal Maka Tak Cinta?


Setiap Muslim wajib percaya pada Quran.
Setiap Muslim wajib memahami ayat-ayat Quran.
Setiap Muslim wajib mempraktikkan ajaran Quran.
Setiap Muslim wajib menyampaikan kepada yang lain amanat Quran.

Apakah dengan mengikut pegangan, pendapat dan kepercayaan golongan majoriti itu dapat menyelamatkan kita dari kemurkaan Allah dan dapat menjamin kita masuk ke Syurga? Kita hendaklah senantiasa menggunakan kebijaksanaan dan akal pemikiran kita sebagaimana yang diumpamakan dalam Quran.

Kamu mestilah menunjukkan kepada mereka dengan menurut revelasi revelasi Allah yang telah diturunkan kepada kamu. Jangan sekali kamu mengikuti kehendak mereka, dan berrhati hati terhadap mereka supaya mereka tidak dapat melencongkan kamu dari beberapa revelasi revelasi Allah yang telah diturunkan kepada kamu. Jika mereka berpaling, dan ketahuilah hanya dengan kehendak Allah jua dihukumkannya sesetengah dari dosa yang mereka telah lakukan, Sesungguhnya, KEBANYAKAN dari mereka itulah yang zalim. (5:49)

Jika kamu menurut KEBANYAKAN manusia dari bumi, mereka akan mengubahkan kamu dari jalan Allah. Mereka hanya mengikut tekaan semata mata; dengan hanya mengagak saja. (6:116)

KEBANYAKAN orang orang yang mempercayai Allah itu tidak berbuat demikian sepenuhnya melainkan dengan mengkomitkan diri diri mereka untuk mengadakan pujaan pujaan disamping (Allah). (12:106) 


Renung-renungkanlah.

Satu Kalimah Shahadah

Kita jangan sekali-kali lupa pada perjanjian kita dengan Allah yang kita telah bersaksi untuk diri masing-masing bahwa Dia lah saja Tuhan kita, sebagaimana yang dinyatakan dalam Quran.

Ingatlah apabila Tuhan kamu memanggil kesemua keturunan keturunan Adam, dan mengadakan untuk mereka supaya bersaksi untuk diri diri mereka sendiri: "Bukankah Aku Tuhan kamu?" Kesemuanya mereka akan berkata, "Ya, kami telah bersaksi." lantas tidak boleh mereka mengatakan pada Hari Kebangkitan kelak yang , "Kami tidak perihatin terhadap ini." (7:172)

Tidak juga kelak akan kamu mengatakan yang, "Itu adalah ibu bapa ibu bapa kami yang telah mengamalkan penyekutuan (terhadap Allah), kami hanya mengikuti jejak langkah mereka. Mestikah Engkau menghukum kami kerana perbuatan mereka yang mencipta innovasi innovasi itu?" (7:173)

Lantas kami menerangkan revelasi revelasi, supaya dapat membolehkan manusia menebuskan diri diri mereka sendiri. (7:174)
 

Allah menjadi saksi bahwasanya tiada tuhan melainkan Dia,dan begitu juga dengan para malaikat serta orang orang yang mempunyai ilmu pengetahuan. Dengan segala kebenaran dan seksama. Dialah Tuhan yang sebenarnya; tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana. (3:18) 

Apabila mereka dikatakan, "La Elaha Ella Allah [Tidak ada Tuhan yang lain melainkan Allah]," mereka berpaling dengan sombongnya. (37:35)

Kamu mestilah ketahui: "Tidak ada tuhan yang lain disamping Allah," dan mintakan ampun bagi dosa dosa kamu dan dosa dosa bagi orang orang yang percaya lelaki dan perempuan. Sesungguhnya Allah amat sedar akan keputusan keputusan kamu dan destini kamu yang terakhir. (47:19)

Katakan, "Kami percaya kepada Tuhan, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ya'kub, dan keturunan yang mempunyai hak keistimewaan dalam menjalankan urusan Tuhan; dan apa yang telah diberikan kepada Musa dan Isa, dan semua nabi nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza bezakan diantara mereka. KepadaNya sahajalah kami serahkan diri diri kami dengan sepenuhnya." (2:136)

Rasul telah mempercayai apa apa yang diturunkan oleh Tuhannya , dan begitu juga dengan orang orang yang percaya. Mereka percaya kepada Allah, para malaikatNya, kitab kitabNya, dan para rasulNya: "Kami tidak membeza bezakan bagi sekelian para rasulNya." Mereka berkata. "Kami dengar dan kami ta'at. Tuhan kami, ampunilah kami. KepadaMu sahajalah destini yang terakhir." (2:285)

Katakan, "Kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang telah diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Ya'kub dan keturunan mereka yang mempunyai hak keistimewaan dalam menjalani urusan Tuhan, dan apa yang telah diberikan kepada Musa, Isa dan para nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza bezakan diantara mereka. Hanya kepadaNya sahajalah kami serahkan diri diri kami." (3:84)

Mereka yang ingkar dengan Allah dan rasul rasulNya, dan cuba untuk membeza bezakan antara Allah dan para rasulNya, dan berkata, "Kami percaya dengan sebahagian dan mengingkari sebahagian darinya," dan ingin untuk mengikut jalan diantaranya; (4:150)

Inilah pengingkar yang sebenar benarnya. Kami telah sediakan untuk orang orang yang ingkar itu pembalasan yang menghinakan. (4:151)

Bagi sesiapa yang mempercayakan Allah dan para rasulNya, dan tidak membeza bezakan diantara mereka, Dia akan memberikan mereka ganjaran yang besar. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (4:152)

Tempat untuk menyembah adalah kepunyaan Allah; janganlah memanggil kepada sesiapa pun melainkan Allah. (72:18)

Persoalan di sini, haruskah seorang Muslim atau seseorang yang ingin memeluk agama Islam untuk menjadi seorang Muslim, perlu juga bersaksi dengan lafaz niat untuk diri sendiri, di hadapan Muslim yang lain, bahwa Muhammad itu rasul Allah? Walhal Muhammad telah lama wafat, dan tugasya sebagai nabi dan rasul juga sudah selesai dan terkubur? Bukankah tindakan sedemikian serupa mengamalkan penyekutuan terhadap Allah?

Kau tidak berada dicerunan gunung disebelah barat, apabila kami isukan perintah kepada Musa; kau bukanlah sebagai saksi. (28:44)

Tetapi kami telah memantapkan banyak generasi generasi, dan kerana jarak masa yang lama, (mereka telah dilencongkan), Tidak juga kau ada diantara orang orang Midyan, membacakan revelasi revelasi kami kepada mereka. Tetapi kami telah menghantarkan para rasul. (28:45)

Tidak juga kau berada dicerunan Gunung Sinai apabila kami memanggil (Musa). Tetapi itu adalah belas kasih dari Tuhan kamu, (terhadap manusia,) supaya dapat memberikan amaran kepada manusia yang tidak menerima amaran sebelummu, supaya mereka dapat merenungkan. (28:46)

Orang orang yang bertaubat dan menjalani kehidupan yang benar, Allah membersihkan mereka dengan sepenuh pembersihan. (25:71)

Mereka tidak akan memberi kesaksian yang palsu. Apabila mereka berhadapan dengan percakapan yang sia sia, mereka tidak mengendahkannya. (25:72)

Apabila diingatkan dengan revelasi revelasi dari Tuhan mereka, mereka tidak pernah berkelakuan seolah olah mereka itu pekak dan buta. (25:73)


Renung-renungkanlah.


Kembali Kepada Islam dan Quran Sahaja.

Khas buat pengikut fahaman Sufi, Shia, Sunni, Ahmadiah, dll, kembalilah hanya pada Islam sahaja dengan berpegang hanya pada Quran sahaja selagi masih bernyawa.

Baca, kaji selidik dan fahami Quran, satu-satunya Kitab Allah yang mudah dipelajari sebagai petunjuk bagi mereka yang ikhlas, jujur dan bersih hatinya, demi mencapai kebahagiaan syurga di dunia dan di akhirat.

Sesiapa yang membahagikan agama mereka kepada sekta sekta tidaklah setempat dengan kamu. Mereka akan dihakimkan oleh Allah, dan Dia akan memberitahu kepada kamu apa apa yang telah kamu lakukan. (6:159)

(Jangan sembah pujaan) seperti orang orang yang memecah belahkan agama mereka kepada sekta sekta; tiap tiap kumpulan bergembira dengan apa yang mereka perolehi. (30:32)

Dan kami akan pilih dari tiap tiap kumpulan itu penentang yang paling nyata terhadap yang Maha Pengasih. (19:69)



Kalau Mukjizat Nabi Muhammad Hanyalah Quran Sahaja, Siapa Pula Yang Di Angkat Naik ke Langit Dalam Peristiwa Isra'?


Quran ada menyatakan yang Muhammad tidak diberi apa-apa mukjizat pun, kecuali wahyu dari Allah, iaitu Quran itu sendiri dan sahaja. Itupun majoriti penduduk Arab disekelilingnya menuduh beliau sendiri yang mereka-rekakan ayat-ayat Quran. Namun Quran menyatakan cukuplah Allah jadi saksi yang Quran itu diinspirasikan kepada Muhammad.

Katakanlah, "Testimoni siapakah yang amat agung?" Katakanlah, "Kepunyaan Allah. Dia menjadi saksi diantara aku dan engkau yang Quran ini telah diinspirasikan kepadaku, untuk menyampaikannya kepada kamu dan sesiapa sahaja yang mendapatkannya. Sesungguhnya, engkau pula yang bersaksikan dengan tuhan tuhan lainnya disisi Allah." Katakanlah, "Aku tidak akan memberikan keterangan seperti kamu; hanya satu tuhan sahaja, dan aku tidak akan akui persekutuan kamu. (6:19)

Jika keingkaran mereka menjadikan terlalu sangat bagi kamu, kamu mesti ketahui jika kamu menggalikan terowong melalui bumi, ataupun memanjat tangga sampai kelangit, dan menunjukkan mukjizat kepada mereka sekalipun (mereka tidak akan mahu percaya). Jika Allah kehendaki, Dia boleh membimbing mereka, dengan sepenuhnya. Dari itu, janganlah berperangai seperti orang orang jahil. (6:35)


Mereka berkata, "Kenapa tidak ada mukjizat turun kepada dia dari Tuhannya?" Katakanlah, "Keadaan bagi masa depan kepunyaan Allah; maka tunggulah, dan aku juga sama sama menunggu dengan kamu." (10:20)

"Ataupun jika kau mempunyai rumah besar yang mewah, ataupun jika kau dapat memanjat naik kelangit. Walaupun jika kau dapat memanjat, kami tidak akan percaya melainkan kau bawakan buku yang kami boleh baca." Katakanlah, "Segala kepujian bagi Tuhanku. Mestikah aku lebih dari seorang rasul?" (17:93)


Majoriti penduduk Arab juga enggan menerima Muhammad sebagai rasul melainkan hanya dengan kepura-puraan dan mengolok-olok sahaja, sebab mereka enggan menerima mukjizat yang Allah kurniakan padanya, iaitu Quran sahaja.

Apabila orang orang hypokrit datang kepadamu mereka berkata, "Kami menjadi saksi yang kau adalah rasul Allah." Allah tahu yang kau itu adalah rasulNya, dan Allah menjadi saksi bahwa orang orang hypokrit itu adalah pembohong. (63:1)

Tentang kerasulan Muhammad, Quran menyatakan cukuplah Allah sahaja sebagai saksi.

Dia Sahajalah yang telah menghantarkan rasulNya dengan petunjuk dan agama yang sebenar, untuk menjadikannya mengatasi semua agama agama lain. Cukuplah Allah sebagai saksi. (48:28)

Kesimpulan di sini, kalau Muhammad tidak pernah melihat visi-visi keagungan Allah di Syurga, sebagaimana yang diceritakan dalam 17:1, 17:60, 53:1-18, siapa pula yang dimaksudkan Allah dalam ayat-ayat tersebut. 
Maha Terpuji bagi yang Maha Esa yang memerintahkan hambaNya diwaktu malam, dari Masjid Suci (Mekkah) ketempat persujudan yang paling jauh, dimana disekelilingnya telah kami rahmati, untuk menunjukkan kepadanya beberapa tanda tanda kami. Sesungguhnya, Dialah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (17:1)

Kami telah memberitahukan kepada kamu yang Tuhan kamu itu berkuasa dengan sepenuhnya keatas manusia, dan kami berikan visi yang telah kami tunjukkan kepada kamu bahwa itu adalah ujian bagi manusia, dan pokok yang telah disumpah didalam Quran. Kami tunjukkan kepada mereka bukti bukti yang kuat untuk menanamkan rasa penghormatan didalam diri diri mereka, tetapi ini hanyalah menambahkan keingkaran mereka. (17:60)

Sedang bintang bintang menghilang. Kawanmu tidaklah sesat, dan tidak juga dia ditipu. Tidak juga dia berkata dengan mengikuti keinginannya sendiri. Ianya adalah inspirasi yang suci. Diajarkan oleh yang Maha Berkuasa. Empunya sekelian autoriti. Dari ketinggianNya yang tertinggi sekali. Diufuk yang tertinggi. Dia datang mendekat dengan bergerak turun kebawah. Sehingga Dia mendatang sedekat mungkin. Lalu Dia menurunkan kepada hambaNya apa yang patut diturunkan. Minda tidak mengada adakan apa yang telah dilihatnya. Adakah kamu meragukan apa yang dia telah dilihatkan?Dia telah melihat disuatu turunan yang lain. Dipenghujungan kesudahan. Dimana lokasi Syurga yang abadi ditempatkan. Keseluruhan tempat menakjubkan. Mata mata tidak berpaling, dan tidak juga menjadi buta. Dia telah melihat tanda tanda yang besar dari Tuhannya.
 (53:1-18) 

 Fikir-fikirkanlah.