Tuesday, September 29, 2015

Siapa itu Yajuj Majuj atau Gog Magog?

Allah berfirman dalam Quran,

..."Makan dan minumlah daripada rezeki rezeki yang Allah kurniakan dan janganlah menjelajah dengan membuat kejahatan di muka bumi ini. (2:60)

Wahai manusia, makanlah dengan makanan yang baik dan halal dari bumi, dan janganlah kamu mengikuti jejak syaitan; sedangkan dia adalah musuh kamu yang paling nyata. (2:168)

Wahai orang orang yang percaya, makanlah makanan yang baik baik yang kami sediakan untuk kamu, dan berterima kasihlah kepada Allah, kalau memang sebenarnya kamu hanya sembah Dia sahaja. (2:172)

...dan akan aku perintahkan mereka supaya mengganggu ciptaan Allah." Sesiapa yang menerima syaitan sebagai Tuhan mereka, selain Allah, telah mendapatkan kerugian yang mendalam. (4:119)

Katakanlah, "Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah turunkan berbagai peruntukkan peruntukkan dan kamu menjadikan sebahagiannya itu haram dan sebahagian darinya dihalalkan?" Katakanlah, "Adakah Allah memberi kamu keizinan berbuat demikian? Ataupun, kamu mengada adakan pembohongan dan diatributkannya kepada Allah?" (10:59)

Dari itu, kamu mesti makan dari rezeki rezeki Allah semuanya yang halal lagi baik, dan bersyukurlah atas rahmat rahmat Allah, jika sebenarnya kamu menyembahNya sahaja. (16:114)

Dia bekata, "Bagi orang orang yang melampaui batas itu, kami akan menghukum mereka, dan apabila mereka kembali kepada Tuhan mereka, Dia akan komitkan mereka dengan hukuman yang berlebihan. (18:87)

--------------------------------------------------------

Kebanyakan kurniaan Allah dalam menurunkan bermacam benih biji-bijian dan tumbuhan sayur-sayuran serta buah-buahan, dan juga haiwan ternakan yang menghasilkan daging, susu, madu telah di cemari keaslian zatnya oleh manusia perosak dan pengganggu ciptaan Allah.

Yang dahulukalanya halal kini telah banyak menjadi haram tanpa kita sedari. Maka berhati-hatilah kita menjaga pemakanan dan minuman kita seharian agar tidak menjadi mangsa kepada para perosak dan para korupsi di bumi di mana mereka akan datang disetiap arah.

Mengelak dari sesuatu penyakit itu adalah lebih baik dari merawat dan mengubatinya.

Kenali lah musuh dalam makanan harian kita, yakni Yajuj Majuj = Gog Magog = Genetically Modified, yang berunsurkan besi tembaga berlebihan (Copper).

Salam ;-)



No comments: