Tuesday, September 29, 2015

Kenali Identiti Sebenar Zulkarnain Yang Disebut Dalam Quran.






Sila kaji perjalanan hidup Zulkarnain dengan membuat perbandingan antara biografinya dengan penerangan Allah dalam Quran.


 Ayat Quran yang berbunyi,

Apabila dia sampai dilembah antara dua kubu kubu, dia dapati manusia yang bahasanya tidak dapat difahami. (18:93)

menggambarkan yang Zulkarnain ketika tiba di London, dia mendapati ada pesakit yang tidak dapat bertutur dengan baik, sesuai dengan salah satu kesan simptom WILSON disease terhadap pesakitnya, "PROBLEMS WITH SPEECH."








 Salah satu mangsa Gog Magog, https://www.youtube.com/watch?v=9-p0JDwzA7A 

https://www.youtube.com/watch?v=JgDvQUwUOo0 

 Zulkarnain telah menemukan ramuan untuk menahan penyakit WILSON ini dari terus menjalar menjadi kritikal dan kronik, iaitu zat besi berunsurkan ZINC. Namun kena ingat, penyakit keturunan ini tidak ada ubat untuk penyembuhan 100%, hanya sekadar rawatan meningkatkan ketahanan badan dari terus dijamah oleh Gog Magog = Yajuj Majuj.

https://www.youtube.com/watch?v=8J-paiI7Tww 

 Nasihat Yang Penting dari Allah,

Jangan sekali kamu menerima sebarang maklumat, melainkan kamu menentusahkannya sendiri. Aku telah berikan kepada kamu pendengaran, pemandangan dan akal, dan kamu akan dipertanggungjawabkan untuk menggunakan kesemuanya itu. (17:36)

Salam :-)


Siapa itu Yajuj Majuj atau Gog Magog?

Allah berfirman dalam Quran,

..."Makan dan minumlah daripada rezeki rezeki yang Allah kurniakan dan janganlah menjelajah dengan membuat kejahatan di muka bumi ini. (2:60)

Wahai manusia, makanlah dengan makanan yang baik dan halal dari bumi, dan janganlah kamu mengikuti jejak syaitan; sedangkan dia adalah musuh kamu yang paling nyata. (2:168)

Wahai orang orang yang percaya, makanlah makanan yang baik baik yang kami sediakan untuk kamu, dan berterima kasihlah kepada Allah, kalau memang sebenarnya kamu hanya sembah Dia sahaja. (2:172)

...dan akan aku perintahkan mereka supaya mengganggu ciptaan Allah." Sesiapa yang menerima syaitan sebagai Tuhan mereka, selain Allah, telah mendapatkan kerugian yang mendalam. (4:119)

Katakanlah, "Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah turunkan berbagai peruntukkan peruntukkan dan kamu menjadikan sebahagiannya itu haram dan sebahagian darinya dihalalkan?" Katakanlah, "Adakah Allah memberi kamu keizinan berbuat demikian? Ataupun, kamu mengada adakan pembohongan dan diatributkannya kepada Allah?" (10:59)

Dari itu, kamu mesti makan dari rezeki rezeki Allah semuanya yang halal lagi baik, dan bersyukurlah atas rahmat rahmat Allah, jika sebenarnya kamu menyembahNya sahaja. (16:114)

Dia bekata, "Bagi orang orang yang melampaui batas itu, kami akan menghukum mereka, dan apabila mereka kembali kepada Tuhan mereka, Dia akan komitkan mereka dengan hukuman yang berlebihan. (18:87)

--------------------------------------------------------

Kebanyakan kurniaan Allah dalam menurunkan bermacam benih biji-bijian dan tumbuhan sayur-sayuran serta buah-buahan, dan juga haiwan ternakan yang menghasilkan daging, susu, madu telah di cemari keaslian zatnya oleh manusia perosak dan pengganggu ciptaan Allah.

Yang dahulukalanya halal kini telah banyak menjadi haram tanpa kita sedari. Maka berhati-hatilah kita menjaga pemakanan dan minuman kita seharian agar tidak menjadi mangsa kepada para perosak dan para korupsi di bumi di mana mereka akan datang disetiap arah.

Mengelak dari sesuatu penyakit itu adalah lebih baik dari merawat dan mengubatinya.

Kenali lah musuh dalam makanan harian kita, yakni Yajuj Majuj = Gog Magog = Genetically Modified, yang berunsurkan besi tembaga berlebihan (Copper).

Salam ;-)



Thursday, August 6, 2015

Jangan Mencemuh.

Setiap Muslim wajib percaya pada Quran.
Setiap Muslim wajib memahami ayat-ayat Quran.
Setiap Muslim wajib mempraktikkan ajaran Quran.
Setiap Muslim wajib menyampaikan kepada yang lain amanat Quran.

Semua para utusan Allah yang telah lalu, kini sedang, dan yang akan diutus oleh Allah ke atas umat manusia, dari dahulukala sehinggalah dunia kiamat nanti, telah, sedang, dan akan menempuhi berbagai rintangan dan dugaan serta ujian berat dari Allah dalam mengharungi tugas menyampaikan mesej Allah kepada manusia lain, dengan penuh hemah dan kesabaran.

Ketahuilah, para utusan Allah telah, sedang dan akan dicemuh oleh manusia lain yang bersikap egois dengan berbagai panggilan dan gelaran, hanya kerana hasad dengki yang ada pada diri mereka terhadap para utusan Allah.

Dari itu, kita mesti senantiasa menggunakan kebijaksanaan dan akal pemikiran kita sebagaimana yang diumpamakan dalam Quran.

Kami memberikan kepada Musa Kitab, dan selepasnya disusuli dengan para rasul, dan kami memberikan kepada Isa putera Maryam, mukjizat mukjizat yang jelas, dan kami mengukuhkan dia dengan Roh Suci. Memang tidak dinafikan setiap kali rasul datang kepada kamu dengan membawa apa yang tidak kamu sukai, ego kamu membuatkan kamu menjadi penyombong,? Sebahagian dari mereka kamu jadikan musuh dan sebahagian lagi kamu bunuh. (2:87)

Kini apabila rasul dari Allah datang kepada mereka walaupun dia membuktikan Dan mengesahkan kitab mereka, sebahagian pengikut dari kitab (Yahudi, Nasrani dan Muslim ) membelakangkan kitab Allah seakan akan mereka tidak pernah mempunyai kitab langsung. (2:101)

Para rasul sebelum engkau telah dijadikan bahan cemuhan. Mereka yang mempersendakan para rasul itulah yang menerima penghinaan diatas perbuatan mereka. (6:10)

Orang orang hypokrit itu khuatir suatu surah yang boleh menerangkan yang dapat menunjukkan apa yang ada dihati hati mereka. Katakanlah, "Teruskanlah dengan cemuhan kamu. Allah akan memperlihatkan dengan sebenarnya apa yang kamu takutkan itu." (9:64)

Jika kami melambatkan hukuman yang disebabkan oleh mereka - kerana kami telah menetapkannya untuk komuniti yang tertentu - mereka berkata, "Apa yang menghalangNya?" Sebenarnya, jika semena mena saja ianya datang kepada mereka, tidak ada suatu apapun yang dapat menghalangnya, maka cemuhan mereka itu akan kembali menghantui mereka. (11:8)

Para rasul sebelum kamu telah dicemuh; Aku izinkan orang orang yang ingkar itu dengan cemuhan, dan kami menghukum mereka. Betapa dahsyatnya hukumanKu! (13:32)

Setiap kali rasul datang kepada mereka, mereka mencemuh. (15:11)

Apabila orang orang yang ingkar itu melihatmu, mereka mencemuhmu: "Adakah ini orangnya yang mencabar tuhan tuhan kamu?" Sementara itu, mereka tetap juga dengan tidak memperdulikan sepenuhnya mesej dari yang Maha Pengasih. (21:36)

Para rasul sebelummu telah dicemuh, dan akibatnya, orang orang yang mengejek ejekkan mereka itu telah pun mendapat siksaan kerana cemuhan mereka. (21:41)

"Tetapi kamu mencemuh dan mengejek ejekkan mereka, sampai ketahap yang kamu telah melupakanKu. Kamu juga selalu mentertawakan mereka. (23:110)

Apabila mereka melihatmu, mereka sentiasa mengejek ejekkanmu: "Adakah ini orangnya yang dipilih oleh Allah sebagai rasul? (25:41)

Akibatnya orang orang yang komit kejahatan pastilah akan mendapatkan kejahatan juga. Itu adalah kerana mereka mengingkari revelasi revelasi Allah, dan mencemuhkannya. (30:10)

Betapa malangnya keadaan manusia! Setiap kali seorang rasul datang kepada mereka, mereka sentiasa mencemuhnya. (36:30)

Segala pekerjaan pekerjaan dosa yang mereka telah usahakan akan ditunjukkan kepada mereka, dan segala perkara yang mereka pernah mencemuhkan akan datang menghantui mereka. (39:48)

Apabila para rasul mereka datang kepada mereka dengan membawa bukti bukti yang jelas, mereka bergembira dengan ilmu pengetahuan yang mereka telah warisi, dan perkara perkara yang mereka cemuhkan itulah yang akan menyebabkan kejatuhan mereka. (40:83)

Kerja kerja jahat mereka itu akan jadi bukti untuk mereka, dan segala apa saja yang mereka mencemuhkan itu akan datang kembali menghantui mereka. (45:33)

Kami telah memantapkan mereka dengan cara yang sama sebagaimana kami telah memantapkan kamu, dan mengadakan untuk mereka pendengaran, mata mata, dan minda minda. Tetapi pendengaran mereka, mata mata dan minda minda tidak akan dapat menolong mereka sedikit pun. Ini adalah kerana mereka mengambil keputusan untuk tidak memperdulikan revelasi revelasi dari Allah. Lantas, ramalan ramalan dan amaran amaran yang mereka mencemuhkan itu telah menyebabkan kemusnahan mereka. (46:26)

Orang orang yang ingkar menunjukkan cemuhan mereka dimata mata mereka apabila mereka mendengar mesej dan berkata,"Dia itu gila!" (68:51)

Wahai kamu yang percaya, tidak boleh ada manusia yang mencemuh manusia yang lainnya, kerana mungkin mereka itu lebih baik dari mereka. Tidak boleh ada wanita wanita yang mencemuh wanita wanita yang lain nya, kerana mungkin mereka itu lebih baik dari mereka. Dan janganlah juga kamu mencemuh satu sama lain, ataupun mempermain mainkan nama nama kamu. Sungguh jahat apabila mengulangi kembali kejahatan setelah mendapatkan iman. Sesiapa yang tidak mahu bertaubat selepas ini, orang orang inilah yang melampaui batas. (49:11)

Fikir-fikirkanlah.

Wednesday, August 5, 2015

Quran Adalah Rasul Allah?

Allah menyeru Quran mengumumkan dan mensahihkan kerasulannya dalam Quran itu sendiri,

Umumkanlah, "Jangan sekali kamu sembah melainkan Allah. Aku (Quran) datang kepada kamu dariNya sebagai PEMBERI AMARAN AMARAN, DAN JUGA SEBAGAI PENYAMPAI BERITA BERITA BAIK.(11:2)

Sebuah revelasi dari yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. (41:2)

Sebuah kitab yang ayat ayatnya mengandungi kesempurnaan dan terperinci, didalam Quran yang berbahasa Arab, bagi manusia yang tahu. (41:3)

PEMBAWA BAGI BERITA BERITA BAIK, DAN JUGA SEBAGAI PEMBERI AMARAN. Bagaimana pun, kebanyakan dari mereka berpusing balik; mereka tidak mahu mendengarkan. (41:4)


Renung-renungkanlah.

Rashad Khalifa tu Rasul Allah seperti yang dijanjikan Allah dalam Quran dan Bible?

Apakah Rashad Khalifa tu Rasul Allah seperti yang dijanjikan, dan disebut dalam (2:252),(3:81), (4:42), (4:61), (5:19), dan (34:28)?

Dan Sembilan belas (19) adalah angka mukjizat didalam Quran, yang mana telah diturunkan kepada Rashad Khalifah pada tahun 1974.

-------------------------------------

Ini adalah revelasi revelasi dari Allah. Kami bacakan melaluimu, dengan kebenaran kerana kau adalah satu diantara para rasul. (2:252)

Bukti dari Kod 19,
Dengan dicampurkan nombor ayat ini (252), dan dicampurkan dengan nilai gematrikal bagi "Rashad" (505), dan dicampurkan dengan nilai gematrikal bagi "Khalifah" (725) kita akan dapat 252+505+725 = 1482, ataupun 19x78.

-------------------------------------

Allah telah mengambil perjanjian dengan para nabi, dengan mengatakan, "Aku akan memberikan kepada kamu kitab dengan hikmah (kebijaksanaan). Sesudah itu, seorang rasul akan datang untuk mengesahkan kesemuanya kitab yang ada. Kamu mesti percaya kepadanya dan sokonglah dia." Dia berkata, "Adakah kamu setuju dengannya, dan berikrar untuk memenuhi perjanjian ini?" Mereka berkata, "Kami setuju." Dia berkata, "Kamu sekarang telah menjadi para saksi, dan Aku juga bersaksi bersama sama kamu sekelian." (3:81)

Bukti dari Kod 19,
Campurkan nilai gematrikal "Rashad" (505), dicampurkan dengan nilai gematrikal "Khalifah" (725), dicampurkan dengan nombor ayat (81) akan beroleh 1311, ataupun 19x69.

Sesiapa yang mengingkari (ramalan Quran) ini adalah yang zalim. (3:82)

Mengapa mesti Allah membimbing orang orang yang ingkar sesudah percaya dan setelah menyaksikan kebenaran rasulnya dan sesudah bukti yang kuat diberikan kepada mereka? Sesungguhnya Allah tidak akan membimbing orang orang yang zalim. (3:86)

-------------------------------------

Pada hari itu, sesiapa yang ingkar dan tidak ta'at kepada rasul mereka, akan menginginkan supaya mereka disama ratakan dengan tanah; tidak ada suatu perkataan pun yang mereka boleh sembunyikan dari Allah. (4:42)

Bukti dari Kod 19,
Dengan mencampurkan nilai gematrikal "Rashad" (505), dicampurkan dengan nilai gematrikal "Khalifah" (725), dicampurkan dengan nombor surah dan ayat (442), kita akan mendapatkan jumlah 505+725+442=1672, ataupun 19x88.

-------------------------------------

Apabila dikatakan kepada mereka, "Datanglah kepada apa yang diberikan oleh Allah, dan kepada rasulNya," kamu akan melihat orang orang hypokrit itu langsung mengelakkan diri diri mereka daripada kamu. (4:61)

Bukti dari Kod 19,
Dengan mencampurkan nilai gematrikal "Rashad" (505), dicampurkan dengan nilai gematrikal "Khalifah" (725), dicampurkan dengan nombor surah dan ayat (461), kita akan mendapatkan jumlah 505+725+461=1691, ataupun 19x89.

-------------------------------------

Wahai pengikut kitab, rasul kami telah datang kepada kamu untuk menerangkan sesuatu perkara kepada kamu, selepas waktu yang lama tidak didatangi oleh rasul rasul, supaya tidak kamu mengatakan kelak, "Kami tidak menerima sebarang dari orang yang dapat mengajarkan kami atau memberikan kami amaran." Orang yang mengajarkan dan juga pemberikan amaran telah datang kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa. (5:19)

Bukti dari Kod 19,
Dengan mencampurkan nilai gematrikal "Rashad" (505), dicampurkan dengan nilai gematrikal "Khalifah" (725), dicampurkan dengan nombor surah (5), dan dicampur juga dengan ayat nombor (19), kita akan mendapatkan jumlah 505+725+5+19=1254, ataupun 19x66.

-------------------------------------

Kami telah menghantar kau (wahai Rashad) kepada semua manusia, pembawa berita berita baik, begitu juga sebagai pemberi amaran, tetapi kebanyakan manusia tidak ketahui. (34:28)

Bukti dari Kod 19,
Dengan mencampurkan nilai gematrikal "Rashad" (505), dicampurkan dengan nilai gematrikal "Khalifah" (725), dicampurkan dengan nombor surah (34), dan dicampur juga dengan ayat nombor (28), kita akan mendapatkan jumlah 505+725+34+28=1292, ataupun 19x68.

-------------------------------------

 Bahwasanya Aku menyuruhkan utusan-Ku, yang menyediakan jalan di hadapan hadirat-Ku, dan dengan segera akan datang kepada kaabahnya Tuhan, yang kamu cahari, dan Malaekat perjanjian, yang kamu rindukan itu, bahwasanya Ia datang, demikianlah firman Tuhan serwa sekalian alam! (Malachi 3:1)

Tetapi siapa gerangan akan menderita hari kedatangan-Nya? Dan siapa tahan berdiri, apabila kelihatanlah Ia? Karena Iapun seperti api pandai emas dan seperti sabun benara! (Malachi 3:2)

Ia datang untuk menghakimi, seperti orang yang membersihkan dan memurnikan perak. Seperti seorang tukang logam memurnikan emas dan perak, begitulah utusan TUHAN akan memurnikan para imam supaya mereka mempersembahkan kurban-kurban dengan cara yang dikehendaki TUHAN. (Malachi 3:3)

Lukas 17:22-37

Dan Ia berkata kepada murid-murid-Nya: "Akan datang waktunya kamu ingin melihat satu dari pada hari-hari Anak Manusia itu dan kamu tidak akan melihatnya. Dan orang akan berkata kepadamu: Lihat, ia ada di sana; lihat, ia ada di sini! Jangan kamu pergi ke situ, jangan kamu ikut. Sebab sama seperti kilat memancar dari ujung langit yang satu ke ujung langit yang lain, demikian pulalah kelak halnya Anak Manusia pada hari kedatangan-Nya. Tetapi Ia harus menanggung banyak   penderitaan dahulu dan ditolak oleh angkatan ini. Dan sama seperti terjadi pada zaman Nuh ,   demikian pulalah halnya kelak pada hari-hari Anak Manusia: mereka makan dan minum, mereka kawin dan dikawinkan, sampai kepada hari Nuh masuk ke dalam bahtera, lalu datanglah air bah dan membinasakan mereka semua. Demikian juga seperti yang terjadi di zaman Lot:  mereka makan dan minum, mereka membeli dan menjual, mereka menanam dan membangun. Tetapi pada hari Lot pergi keluar dari Sodom turunlah hujan api dan hujan belerang dari langit dan membinasakan mereka semua. Demikianlah halnya kelak pada hari, di mana Anak Manusia menyatakan  diri-Nya. Barangsiapa pada hari itu  sedang di peranginan di atas rumah dan barang-barangnya ada di dalam rumah, janganlah ia turun untuk mengambilnya, dan demikian juga orang yang sedang di ladang, janganlah ia kembali. Ingatlah akan isteri Lot ! Barangsiapa berusaha memelihara nyawanya, ia akan kehilangan nyawanya, dan barangsiapa kehilangan nyawanya, ia akan menyelamatkannya. Aku berkata kepadamu: Pada malam itu ada dua orang di atas satu tempat tidur, yang seorang akan dibawa dan yang lain akan ditinggalkan. Ada dua orang perempuan bersama-sama mengilang, yang seorang akan dibawa dan yang lain akan ditinggalkan." (Kalau ada dua orang di ladang, yang seorang akan dibawa dan yang lain akan ditinggalkan.) Kata mereka kepada Yesus: "Di mana, Tuhan?" Kata-Nya kepada mereka: "Di mana ada mayat, di situ berkerumun burung nasar ."

Wallahualam.



Monday, August 3, 2015

Hadis dan Sunnah Nabi Adalah Satu Penipuan?

Setiap Muslim wajib percaya pada Quran.
Setiap Muslim wajib memahami ayat-ayat Quran.
Setiap Muslim wajib mempraktikkan ajaran Quran.
Setiap Muslim wajib menyampaikan kepada yang lain amanat Quran.

Malangnya majoriti umat Muslim lebih gemar bersandarkan pada hadis dan sunnah nabi yang diatributkan pada Muhammad, walhal ia bukan dari Muhammad melainkan dari musuh Allah, musuh Muhammad, musuh para Malaikat dan musuh semua para Muslim, para Mumin dan para bani Adam yang percaya dan bertakwa hanya pada Allah sahaja.

Mengikut cerita rekaan jin dan manusia, Muhammad memiliki banyak mukjizat yang hebat-hebat belaka. Antara yang sempat dipetik dari hadis Bukhari, Muslim, dan Ahmad yang dianggap sahih dan dipercayai oleh majoriti umat Muslim adalah seperti berikut:-

Mengerti bahasa binatang seperti Nabi Sulaiman
Memerintah bumi & pohon seperti Nabi Musa
Diberi mukjizat seperti Nabi Ibrahim
Anak yang meninggal bangkit hidup kembali… (mirip mukjizat Nabi Isa AS)

Menyembuhkan orang buta
Menyembuhkan orang lumpuh
Menyembuhkan orang cacat sejak lahir
Mengetahui isi hati

Memberi makan beribu orang dengan seketul makanan
Memberi minum beribu orang dengan sikit air
Mengeluarkan air ditengah padang gurun
Mengeluarkan air dari sela jari untuk wudhu beribu orang
Menyembuhkan putri raja yg cacat tanpa tangan & kaki

Membelah bulan menjadi 2 bagian
Dan ini telah dibuktikan oleh para astronot yg menghabiskan dana ratusan juta dollar

Mengetahui apa yang telah terjadi
Mengetahui apa yang sedang terjadi
Mengetahui apa yang akan terjadi
Melihat yg dibelakang punggungnya seperti dari depan

Musuh bergetar tak mampu membunuh
Bumi memakan orang yang hendak membunuh beliau
Musuh tak dapat melihat beliau
Tidak dapat dibunuh musuh

Rombongan berkuda para sahabat boleh dapat menyeberang laut dengan berkuda saat mengejar musuh yang lari dengan kapal layar, dll.


Kita hendaklah senantiasa menggunakan kebijaksanaan dan akal pemikiran kita sebagaimana yang diumpamakan dalam Quran.

Ini adalah revelasi revelasi dari Allah yang kami bacakan kepada kamu dengan kebenaran. Hadis yang manakah selain dari Allah dan revelasi revelasiNya yang kamu dapat mempercayakan? (45:6)

Malang sungguh bagi setiap pemalsu dan pesalah. (45:7)

Apa salah dengan logik kamu? (68:36)

Adakah kamu mempunyai buku yang lain untuk didukung? (68:37)

Didalamnya, adakah kamu mendapati apa yang kamu mahu? (68:38)

Jangan sekali kamu menerima sebarang maklumat, melainkan kamu menentusahkannya sendiri. Aku telah berikan kepada kamu pendengaran, pemandangan dan akal, dan kamu akan dipertanggungjawabkan untuk menggunakan kesemuanya itu. (17:36)

Mereka berkata, "Kami tidak akan percayakan kau melainkan jika kau boleh membuat mata air pancut keluar dari tanah. (17:90)

...Katakanlah, "Segala kepujian bagi Tuhanku. Mestikah aku lebih dari seorang rasul?" (17:93)


Satu-satunya mukjizat Allah yang dikurniakan pada Muhammad ialah Kitab Quran sahaja, sebuah Hadis Allah yang terbaik, yang telah mendedahkan kepalsuan hadis-hadis rekaan tangan jin dan manusia.

Renung-renungkanlah.



.

Janganlah Kamu Membunuh.

Apabila dikatakan kepada mereka,"Janganlah kamu melakukan kejahatan," Mereka berkata, "Tetapi! kami hanya ingin membuat kebaikan. (2:11)

 Padahal, merekalah orang-orang yang membuat kejahatan, tetapi mereka tidak sedar. (2:12)

Allah akan memperolok olokkan mereka dengan membiarkan mereka didalam kejahatan yang melampaui batas itu lantaran itu membuat kesilapan yang banyak. (2:15)

Janganlah menggunakan nama Allah dalam kebiasaan sumpahanmu, berkemungkinan yang kamu dapat dilihat seperti orang orang yang percaya, salih ataupun ingin mendapatkan kepujian dari manusia. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (2:224)

Janganlah kamu membunuh sesiapa jua kerana Allah telah menjadikan nyawa itu suci - melainkan untuk menegakkan keadilan. Jika seseorang telah dibunuh dengan tidak adil, dan kami berikan autoritif kepada warisnya untuk memaksakan keadilan. Lantas, dia tidak boleh berlebih lebihan untuk menuntut bela terhadap pembunuhan itu, dia akan mendapat pertolongan. (17:33)

Walaupun adil untuk membalas kejahatan dengan hukuman yang sama jahat, orang orang yang memaafkan dan mengamalkan amalan yang benar akan mendapat anugerah dari Allah. Dia tidak cinta kepada orang orang yang zalim. (42:40)