Thursday, August 6, 2015

Jangan Mencemuh.

Setiap Muslim wajib percaya pada Quran.
Setiap Muslim wajib memahami ayat-ayat Quran.
Setiap Muslim wajib mempraktikkan ajaran Quran.
Setiap Muslim wajib menyampaikan kepada yang lain amanat Quran.

Semua para utusan Allah yang telah lalu, kini sedang, dan yang akan diutus oleh Allah ke atas umat manusia, dari dahulukala sehinggalah dunia kiamat nanti, telah, sedang, dan akan menempuhi berbagai rintangan dan dugaan serta ujian berat dari Allah dalam mengharungi tugas menyampaikan mesej Allah kepada manusia lain, dengan penuh hemah dan kesabaran.

Ketahuilah, para utusan Allah telah, sedang dan akan dicemuh oleh manusia lain yang bersikap egois dengan berbagai panggilan dan gelaran, hanya kerana hasad dengki yang ada pada diri mereka terhadap para utusan Allah.

Dari itu, kita mesti senantiasa menggunakan kebijaksanaan dan akal pemikiran kita sebagaimana yang diumpamakan dalam Quran.

Kami memberikan kepada Musa Kitab, dan selepasnya disusuli dengan para rasul, dan kami memberikan kepada Isa putera Maryam, mukjizat mukjizat yang jelas, dan kami mengukuhkan dia dengan Roh Suci. Memang tidak dinafikan setiap kali rasul datang kepada kamu dengan membawa apa yang tidak kamu sukai, ego kamu membuatkan kamu menjadi penyombong,? Sebahagian dari mereka kamu jadikan musuh dan sebahagian lagi kamu bunuh. (2:87)

Kini apabila rasul dari Allah datang kepada mereka walaupun dia membuktikan Dan mengesahkan kitab mereka, sebahagian pengikut dari kitab (Yahudi, Nasrani dan Muslim ) membelakangkan kitab Allah seakan akan mereka tidak pernah mempunyai kitab langsung. (2:101)

Para rasul sebelum engkau telah dijadikan bahan cemuhan. Mereka yang mempersendakan para rasul itulah yang menerima penghinaan diatas perbuatan mereka. (6:10)

Orang orang hypokrit itu khuatir suatu surah yang boleh menerangkan yang dapat menunjukkan apa yang ada dihati hati mereka. Katakanlah, "Teruskanlah dengan cemuhan kamu. Allah akan memperlihatkan dengan sebenarnya apa yang kamu takutkan itu." (9:64)

Jika kami melambatkan hukuman yang disebabkan oleh mereka - kerana kami telah menetapkannya untuk komuniti yang tertentu - mereka berkata, "Apa yang menghalangNya?" Sebenarnya, jika semena mena saja ianya datang kepada mereka, tidak ada suatu apapun yang dapat menghalangnya, maka cemuhan mereka itu akan kembali menghantui mereka. (11:8)

Para rasul sebelum kamu telah dicemuh; Aku izinkan orang orang yang ingkar itu dengan cemuhan, dan kami menghukum mereka. Betapa dahsyatnya hukumanKu! (13:32)

Setiap kali rasul datang kepada mereka, mereka mencemuh. (15:11)

Apabila orang orang yang ingkar itu melihatmu, mereka mencemuhmu: "Adakah ini orangnya yang mencabar tuhan tuhan kamu?" Sementara itu, mereka tetap juga dengan tidak memperdulikan sepenuhnya mesej dari yang Maha Pengasih. (21:36)

Para rasul sebelummu telah dicemuh, dan akibatnya, orang orang yang mengejek ejekkan mereka itu telah pun mendapat siksaan kerana cemuhan mereka. (21:41)

"Tetapi kamu mencemuh dan mengejek ejekkan mereka, sampai ketahap yang kamu telah melupakanKu. Kamu juga selalu mentertawakan mereka. (23:110)

Apabila mereka melihatmu, mereka sentiasa mengejek ejekkanmu: "Adakah ini orangnya yang dipilih oleh Allah sebagai rasul? (25:41)

Akibatnya orang orang yang komit kejahatan pastilah akan mendapatkan kejahatan juga. Itu adalah kerana mereka mengingkari revelasi revelasi Allah, dan mencemuhkannya. (30:10)

Betapa malangnya keadaan manusia! Setiap kali seorang rasul datang kepada mereka, mereka sentiasa mencemuhnya. (36:30)

Segala pekerjaan pekerjaan dosa yang mereka telah usahakan akan ditunjukkan kepada mereka, dan segala perkara yang mereka pernah mencemuhkan akan datang menghantui mereka. (39:48)

Apabila para rasul mereka datang kepada mereka dengan membawa bukti bukti yang jelas, mereka bergembira dengan ilmu pengetahuan yang mereka telah warisi, dan perkara perkara yang mereka cemuhkan itulah yang akan menyebabkan kejatuhan mereka. (40:83)

Kerja kerja jahat mereka itu akan jadi bukti untuk mereka, dan segala apa saja yang mereka mencemuhkan itu akan datang kembali menghantui mereka. (45:33)

Kami telah memantapkan mereka dengan cara yang sama sebagaimana kami telah memantapkan kamu, dan mengadakan untuk mereka pendengaran, mata mata, dan minda minda. Tetapi pendengaran mereka, mata mata dan minda minda tidak akan dapat menolong mereka sedikit pun. Ini adalah kerana mereka mengambil keputusan untuk tidak memperdulikan revelasi revelasi dari Allah. Lantas, ramalan ramalan dan amaran amaran yang mereka mencemuhkan itu telah menyebabkan kemusnahan mereka. (46:26)

Orang orang yang ingkar menunjukkan cemuhan mereka dimata mata mereka apabila mereka mendengar mesej dan berkata,"Dia itu gila!" (68:51)

Wahai kamu yang percaya, tidak boleh ada manusia yang mencemuh manusia yang lainnya, kerana mungkin mereka itu lebih baik dari mereka. Tidak boleh ada wanita wanita yang mencemuh wanita wanita yang lain nya, kerana mungkin mereka itu lebih baik dari mereka. Dan janganlah juga kamu mencemuh satu sama lain, ataupun mempermain mainkan nama nama kamu. Sungguh jahat apabila mengulangi kembali kejahatan setelah mendapatkan iman. Sesiapa yang tidak mahu bertaubat selepas ini, orang orang inilah yang melampaui batas. (49:11)

Fikir-fikirkanlah.

No comments: