Monday, August 3, 2015

Janganlah Kamu Membunuh.

Apabila dikatakan kepada mereka,"Janganlah kamu melakukan kejahatan," Mereka berkata, "Tetapi! kami hanya ingin membuat kebaikan. (2:11)

 Padahal, merekalah orang-orang yang membuat kejahatan, tetapi mereka tidak sedar. (2:12)

Allah akan memperolok olokkan mereka dengan membiarkan mereka didalam kejahatan yang melampaui batas itu lantaran itu membuat kesilapan yang banyak. (2:15)

Janganlah menggunakan nama Allah dalam kebiasaan sumpahanmu, berkemungkinan yang kamu dapat dilihat seperti orang orang yang percaya, salih ataupun ingin mendapatkan kepujian dari manusia. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (2:224)

Janganlah kamu membunuh sesiapa jua kerana Allah telah menjadikan nyawa itu suci - melainkan untuk menegakkan keadilan. Jika seseorang telah dibunuh dengan tidak adil, dan kami berikan autoritif kepada warisnya untuk memaksakan keadilan. Lantas, dia tidak boleh berlebih lebihan untuk menuntut bela terhadap pembunuhan itu, dia akan mendapat pertolongan. (17:33)

Walaupun adil untuk membalas kejahatan dengan hukuman yang sama jahat, orang orang yang memaafkan dan mengamalkan amalan yang benar akan mendapat anugerah dari Allah. Dia tidak cinta kepada orang orang yang zalim. (42:40)




No comments: