Monday, August 3, 2015

Apakah Lemak Babi Itu Haram Bagi Orang Islam?

Setiap Muslim wajib percaya pada Quran.
Setiap Muslim wajib memahami ayat-ayat Quran.
Setiap Muslim wajib mempraktikkan ajaran Quran.
Setiap Muslim wajib menyampaikan kepada yang lain amanat Quran.

Apakah tidak cukup jelas keterangan yang Allah telah berikan, tentang halal dan haram dalam Quran? Kita ambil satu contoh sahaja, iaitu haiwan yang bernama BABI. Umumnya, Allah telah mengharamkan manusia dari menjamah DAGING BABI sahaja seperti yang dinyatakan dalam (2:173), (5:3), (6:145) dan (16:115). 


Dia hanya mengharamkan untuk kamu dari memakan binatang yang mati dengan sendirinya, (dengan tidak ada campur tangan dari manusia) darah, daging babi, dan binatang untuk dipersembahkan selain dari Allah. Tetapi apabila seseorang itu dipaksa (untuk memakannya), dengan tidak ada kedengkian atau dengan tidak sengaja, maka itu tidak berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (2:173)
  
Diharamkan bagi kamu ialah binatang binatang yang mati dengan sendirinya, darah, daging babi, dan binatang binatang yang dipersembahkan selain dari Allah. (Binatang yang mati dengan sendirinya termasuk yang) mati tercekik, diketuk dengan benda yang kuat, jatuh dari tempat yang tinggi, rodokan yang berlumuran darah, diterkam oleh binatang buas ? melainkan kamu menyelamatkan binatang kamu sebelum ianya mati ? dan binatang sembelihan yang ditaruh dialtar untuk persembahan mereka. Dan juga diharamkan dengan membahagikan daging melalui permainan yang dikhaskan pembayarannya melalui pertarungan; ini adalah satu kekejian. Sekarang ini orang orang yang ingkar itu telah bertukar hati berkenaan (pembasmian) agama kamu; jangan takuti mereka bahkan takutilah Aku. Hari ini, Aku telah lengkapkan agama kamu, menyempurnakan rahmatKu kepada kamu, dan aku telah mendekrikan yang penyerahan diri diri kamu semata mata (kepadaKu) sebagai agama kamu (Islam). Jika seseorang dipaksakan kerana kebuluran (memakan makanan yang diharamkan), dengan tidak disengajakan untuk membuat dosa, maka Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (5:3) 

Katakanlah, "Aku tidak jumpa didalam revelasi revelasi yang diberikan kepadaku berkenaan semua makanan yang diharamkan bagi pemakan melainkan: (1) daging bangkai yang reput, (2) darah yang mengalir, (3) daging babi, kerana ianya tercemar, dan (4) daging kepada binatang yang telah dikotori dengan didedikasikan selain dari Allah." Jika seseorang telah terpaksa (memakannya), dengan tidak disengajakan ataupun bukan dengan kedengkian, maka sesungguhnya Tuhan kamu itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (6:145)

Dia hanya mengharamkan bagi kamu binatang yang sudah mati, darah, daging babi, dan makanan yang didedikasikan selain Allah. Jika seseorang terpaksa (memakan ini) tanpa disengajakan ataupun dengan tidak berniat dengki, maka Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (16:115)
 
Persoalan di sini, apakah LEMAK BABI juga haram atau tidak haram untuk manusia?

Kita hendaklah senantiasa menggunakan kebijaksanaan dan akal pemikiran kita sebagaimana yang diumpamakan dalam Quran.

Dan kami tahu dengan sepenuhnya sesiapa diantara kamu yang maju kehadapan, dan kami juga tahu dengan sepenuhnya orang orang yang membelakangkan. (15:24)

Wahai rasul, janganlah engkau merasa sedih dengan orang orang yang lekas mengingkarkan diantara mereka, dengan mengatakan, "Kami percaya," hanya dimulut mereka sahaja, padahal dihati hati mereka tidak percaya. Ada diantara Yahudi, yang mendengarkan pembohongan. Mereka mendengar daripada orang yang belum pernah bertemu dengan engkau, lalu memutarbelitkan perkataan perkataan yang terkeluar dari konteksnya, sambil mengatakan, "Jika kamu diberikan ini, terimalah, tetapi sekiranya jika kamu diberikan sesuatu yang berlainan, berjagalah." Sesiapa sahaja yang Allah izinkan berpaling dari kebenaran, maka tidak ada apa yang dapat engkau lakukan untuk menolong mereka dari Allah. Allah tidak mengingini untuk membersihkan hati hati mereka. Mereka telah mendapatkan kehidupan yang hina didunia ini, dan diAkhirat kelak, mereka akan menderita dengan hukuman yang dahsyat. (5:41)

Bagi orang orang Yahudi kami haramkan kepada mereka binatang binatang yang kuku kukunya tidak dibahagikan; dan juga kami mengharamkan LEMAK LEMBU DAN BIRI BIRI, melainkan yang terletak dibelakang binatang tersebut, ataupun didalam visera, atau yang bercampur dengan tulang tulang. Itu adalah hukuman kerana mereka sangat melampaui batas, sesungguhnya kamilah yang benar. (6:146)

Wahai orang orang yang percaya, jangan kamu mengharamkan barang barang yang baik yang telah dihalalkan oleh Allah, dan janganlah berketerlaluan; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang orang yang melampaui batas. (5:87)

Katakanlah, "Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah turunkan berbagai peruntukkan peruntukkan dan kamu menjadikan sebahagiannya itu haram dan sebahagian darinya dihalalkan?" Katakanlah, "Adakah Allah memberi kamu keizinan berbuat demikian? Ataupun, kamu mengada adakan pembohongan dan diatributkannya kepada Allah?" (10:59)


Fikir-fikirkan lah.


No comments: