Monday, August 3, 2015

Awas Janji Iblis Pada Allah Terhadap Bani Adam


"Aku akan sesatkan mereka, akan aku tarik mereka semua, dan memerintahkan mereka supaya (melarang memakan sesetengah daging dengan) menandakan sesuatu ditelinga telinga binatang ternakan mereka, dan akan aku perintahkan mereka supaya mengganggu ciptaan Allah." Sesiapa yang menerima syaitan sebagai Tuhan mereka, selain Allah, telah mendapatkan kerugian yang mendalam. (4:119)

Dia yang menjanjikan mereka dan memujuk mereka; apa yang dijanjikan oleh syaitan itu hanyalah illusi. (4:120)

Wahai orang orang yang percaya, minuman keras, perjudian, berhala berhala diatas altar dan permainan dengan bertaruhan nasib, ini semua adalah perbuatan keji dari syaitan; kamu mestilah menjauhkan diri darinya, supaya kamu beroleh kejayaan. (5:90)

Syaitan cuba menggalakkan kamu dengan kemarahan dan kebencian diantara kamu melalui minum keras dan juga perjudian, dan supaya dapat melupakan kamu dari mengingati Allah, dan Mengerjakan Sembahyang (Salat). Dapatkah kamu menahan diri? (5:91)

Dia berkata, "Tuhanku, sekiranya adalah kehendakMu yang aku ini telah sesat, tentu sekali aku akan menggoda mereka yang dibumi; aku akan menyesatkan kesemuanya sekali. (15:39)

"Melainkan orang orang yang diantara penyembah penyembahMu yang mengabdikan sepenuh penuh pengabdian kepadaMu sahaja." (15:40)

Dia berkata, "Inilah perundangan yang tidak dapat dicabul. (15:41)

"Kau tidak ada kuasa keatas hamba hambaKu. Engkau hanya mempunyai kuasa keatas orang orang yang sesat yang mengikutimu. (15:42) 


Pemboros itu adalah saudara syaitan, dan syaitan itu tidak tahu bersyukur kepada Tuhannya. (17:27)
 
Dia berkata, "Oleh sebab Engkau telah memuliakan dia dariku, jika Engkau tangguhkan aku sehingga keHari Kebangkitan, aku akan kenakan kesemua keturunan keturunannya, melainkan hanya sedikit." (17:62)


Wahai orang orang yang percaya, kamu mesti menyerahkan diri kamu (kepada Allah) dengan sepenuh penyerahan; janganlah mengikuti jejak syaitan, kerana mereka itu adalah musuh kamu yang nyata. (2:208)

Syaitan menjanjikan kamu kemiskinan dan memerintahkan kamu supaya membuat kejahatan, sementara Allah menjanjikan kamu pengampunan dan kesayangan daripadaNya. Sesungguhnya Allah Amat Mewah lagi Maha Mengetahui. (2:268)

Adalah sistem syaitan untuk menanamkan perasaan takut kepada sesiapa yang dikuasainya. Jangan kamu takutkan mereka, tetapi takutilah Aku, jika kamu adalah orang orang yang percaya. (3:175)

Orang orang yang percaya berjuang dijalan Allah, sementara orang orang yang ingkar berjuang untuk menunjukkan kekejaman mereka. Dari itu kamu mesti menentang sekutu sekutu syaitan; sesungguhnya syaitan tidak mempunyai kekuasaan walau sedikit pun. (4:76)

Wahai anak anak Adam, jangan jadikan diri diri kamu mangsa penipuan syaitan yang mana dia telah menjadikan ibu bapa kamu terusir dari Syurga, dan menanggalkan pakaian mereka untuk menunjukkan tubuh tubuh mereka. Dia dan sukunya nampak kamu, sementara kamu tidak nampak mereka. Kami melantik syaitan untuk menjadikan teman teman kepada orang orang yang ingkar. (7:27)

Ada yang Dia bimbing, sementara yang lainnya telah dikomitkan kepada kesesatan. Mereka telah mengambil syaitan syaitan sebagai tuan tuan mereka, daripada Allah, bagaimanapun mereka masih percaya yang mereka itu telah mendapat bimbingan. (7:30)

Apabila syaitan membisikkan kepada kamu sebarang bisikkan, carilah perlindungan kepada Allah; sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (7:200)

Orang orang yang benar, bila saja syaitan cuba mendatangi mereka dengan idea idea, mereka teringat, lalu mereka dapat melihat. (7:201)

Allah yang menyebabkan kamu mendapatkan ketenangan dan juga dapat tidur dengan aman, dan Dialah yang menurunkan air dari langit untuk membersihkan kamu dengannya. dan Dia juga yang melindungi kamu dari sumpahan syaitan, dan mententeramkan hati hati kamu dengan menguatkan pendirian kamu. (8:11)

Dan syaitan akan berkata, setelah pengadilan telah diisukan, "Allah telah menjanjikan kamu dengan perjanjian yang benar, dan aku berjanji kepada kamu, tetapi aku memungkiri janjiku. Aku tidak ada kuasa diatas kamu; aku hanya mengundang kamu, dan kamu menerima perundanganku. Dari itu, jangan menyalahkanku, dan salahkanlah diri diri kamu sendiri. Pengaduanku tidak dapat menolong kamu, tidak juga pengaduan kamu dapat menolongku. Aku tidak akan percaya dengan pemujaan kamu terhadapku. Orang orang yang melampaui batas itu akan menerima hukuman yang amat menyakitkan." (14:22)

Beritahukan kepada hambaKu supaya bertegur sapalah dengan cara yang terbaik terhadap satu sama lain, kerana syaitan sentiasa cuba untuk mengaturkan kemarahan diantara mereka. Tentu sekali, syaitan itu adalah musuh manusia yang amat nyata. (17:53)

Diantara manusia, ada orang orang yang bertengkar tentang Allah dengan tidak berilmu pengetahuan, dan mengikuti setiap syaitan yang durhaka. (22:3)

Kami tidak menghantar sebelummu sebarang rasul, mahupun nabi, tanpa adanya syaitan yang cuba mengganggu dalam keinginannya. Maka Allah membatalkan apa yang syaitan telah lakukan. Allah sempurnakan revelasi revelasiNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (22:52)

Katakanlah, "Tuhanku, aku bermohon perlindungan denganMu dari bisikan bisikan syaitan. (23:97)

Wahai orang orang yang percaya, janganlah mengikuti langkah langkah syaitan. Sesiapa yang mengikuti langkah lankah Syaitan, mestilah mengetahui yang dia menggalakkan kejahatan dan kemungkaran. Jika ianya tidak kerana limpah kurnia Allah terhadap kamu, dan belas kasihNya, tidak ada satu pun dari kamu dapat disucikan. Tetapi Allah menyucikan sesiapa saja yang dikehendakiNya. Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (24:21)

Syaitan itu adalah musuh kamu, maka perlakukanlah dia sebagai seorang musuh. Dia hanya menjemput kumpulannya menjadi penghuni penghuni Neraka. (35:6)

Tidakkah Aku telah membuat perjanjian dengan kamu, wahai anak anak Adam, supaya kamu janganlah menyembah syaitan? Kerana dia adalah musuh kamu yang nyata? (36:60)

Apabila syaitan membisikkan suatu idea kepada kamu, kamu mestilah memintakan perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (41:36)

Sesiapa saja yang tidak memperdulikan mesej dari yang Maha Pengasih, kami akan melantik seorang syaitan menjadi teman yang tetap untuknya. (43:36)

Jangan biarkan syaitan memalingkan kamu; sesungguhnya, dia adalah musuh kamu yang nyata. (43:62)



 

No comments: