Monday, August 3, 2015

Kembali Kepada Islam dan Quran Sahaja.

Khas buat pengikut fahaman Sufi, Shia, Sunni, Ahmadiah, dll, kembalilah hanya pada Islam sahaja dengan berpegang hanya pada Quran sahaja selagi masih bernyawa.

Baca, kaji selidik dan fahami Quran, satu-satunya Kitab Allah yang mudah dipelajari sebagai petunjuk bagi mereka yang ikhlas, jujur dan bersih hatinya, demi mencapai kebahagiaan syurga di dunia dan di akhirat.

Sesiapa yang membahagikan agama mereka kepada sekta sekta tidaklah setempat dengan kamu. Mereka akan dihakimkan oleh Allah, dan Dia akan memberitahu kepada kamu apa apa yang telah kamu lakukan. (6:159)

(Jangan sembah pujaan) seperti orang orang yang memecah belahkan agama mereka kepada sekta sekta; tiap tiap kumpulan bergembira dengan apa yang mereka perolehi. (30:32)

Dan kami akan pilih dari tiap tiap kumpulan itu penentang yang paling nyata terhadap yang Maha Pengasih. (19:69)



No comments: