Monday, August 3, 2015

Satu Kalimah Shahadah

Kita jangan sekali-kali lupa pada perjanjian kita dengan Allah yang kita telah bersaksi untuk diri masing-masing bahwa Dia lah saja Tuhan kita, sebagaimana yang dinyatakan dalam Quran.

Ingatlah apabila Tuhan kamu memanggil kesemua keturunan keturunan Adam, dan mengadakan untuk mereka supaya bersaksi untuk diri diri mereka sendiri: "Bukankah Aku Tuhan kamu?" Kesemuanya mereka akan berkata, "Ya, kami telah bersaksi." lantas tidak boleh mereka mengatakan pada Hari Kebangkitan kelak yang , "Kami tidak perihatin terhadap ini." (7:172)

Tidak juga kelak akan kamu mengatakan yang, "Itu adalah ibu bapa ibu bapa kami yang telah mengamalkan penyekutuan (terhadap Allah), kami hanya mengikuti jejak langkah mereka. Mestikah Engkau menghukum kami kerana perbuatan mereka yang mencipta innovasi innovasi itu?" (7:173)

Lantas kami menerangkan revelasi revelasi, supaya dapat membolehkan manusia menebuskan diri diri mereka sendiri. (7:174)
 

Allah menjadi saksi bahwasanya tiada tuhan melainkan Dia,dan begitu juga dengan para malaikat serta orang orang yang mempunyai ilmu pengetahuan. Dengan segala kebenaran dan seksama. Dialah Tuhan yang sebenarnya; tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana. (3:18) 

Apabila mereka dikatakan, "La Elaha Ella Allah [Tidak ada Tuhan yang lain melainkan Allah]," mereka berpaling dengan sombongnya. (37:35)

Kamu mestilah ketahui: "Tidak ada tuhan yang lain disamping Allah," dan mintakan ampun bagi dosa dosa kamu dan dosa dosa bagi orang orang yang percaya lelaki dan perempuan. Sesungguhnya Allah amat sedar akan keputusan keputusan kamu dan destini kamu yang terakhir. (47:19)

Katakan, "Kami percaya kepada Tuhan, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ya'kub, dan keturunan yang mempunyai hak keistimewaan dalam menjalankan urusan Tuhan; dan apa yang telah diberikan kepada Musa dan Isa, dan semua nabi nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza bezakan diantara mereka. KepadaNya sahajalah kami serahkan diri diri kami dengan sepenuhnya." (2:136)

Rasul telah mempercayai apa apa yang diturunkan oleh Tuhannya , dan begitu juga dengan orang orang yang percaya. Mereka percaya kepada Allah, para malaikatNya, kitab kitabNya, dan para rasulNya: "Kami tidak membeza bezakan bagi sekelian para rasulNya." Mereka berkata. "Kami dengar dan kami ta'at. Tuhan kami, ampunilah kami. KepadaMu sahajalah destini yang terakhir." (2:285)

Katakan, "Kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang telah diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Ya'kub dan keturunan mereka yang mempunyai hak keistimewaan dalam menjalani urusan Tuhan, dan apa yang telah diberikan kepada Musa, Isa dan para nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza bezakan diantara mereka. Hanya kepadaNya sahajalah kami serahkan diri diri kami." (3:84)

Mereka yang ingkar dengan Allah dan rasul rasulNya, dan cuba untuk membeza bezakan antara Allah dan para rasulNya, dan berkata, "Kami percaya dengan sebahagian dan mengingkari sebahagian darinya," dan ingin untuk mengikut jalan diantaranya; (4:150)

Inilah pengingkar yang sebenar benarnya. Kami telah sediakan untuk orang orang yang ingkar itu pembalasan yang menghinakan. (4:151)

Bagi sesiapa yang mempercayakan Allah dan para rasulNya, dan tidak membeza bezakan diantara mereka, Dia akan memberikan mereka ganjaran yang besar. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (4:152)

Tempat untuk menyembah adalah kepunyaan Allah; janganlah memanggil kepada sesiapa pun melainkan Allah. (72:18)

Persoalan di sini, haruskah seorang Muslim atau seseorang yang ingin memeluk agama Islam untuk menjadi seorang Muslim, perlu juga bersaksi dengan lafaz niat untuk diri sendiri, di hadapan Muslim yang lain, bahwa Muhammad itu rasul Allah? Walhal Muhammad telah lama wafat, dan tugasya sebagai nabi dan rasul juga sudah selesai dan terkubur? Bukankah tindakan sedemikian serupa mengamalkan penyekutuan terhadap Allah?

Kau tidak berada dicerunan gunung disebelah barat, apabila kami isukan perintah kepada Musa; kau bukanlah sebagai saksi. (28:44)

Tetapi kami telah memantapkan banyak generasi generasi, dan kerana jarak masa yang lama, (mereka telah dilencongkan), Tidak juga kau ada diantara orang orang Midyan, membacakan revelasi revelasi kami kepada mereka. Tetapi kami telah menghantarkan para rasul. (28:45)

Tidak juga kau berada dicerunan Gunung Sinai apabila kami memanggil (Musa). Tetapi itu adalah belas kasih dari Tuhan kamu, (terhadap manusia,) supaya dapat memberikan amaran kepada manusia yang tidak menerima amaran sebelummu, supaya mereka dapat merenungkan. (28:46)

Orang orang yang bertaubat dan menjalani kehidupan yang benar, Allah membersihkan mereka dengan sepenuh pembersihan. (25:71)

Mereka tidak akan memberi kesaksian yang palsu. Apabila mereka berhadapan dengan percakapan yang sia sia, mereka tidak mengendahkannya. (25:72)

Apabila diingatkan dengan revelasi revelasi dari Tuhan mereka, mereka tidak pernah berkelakuan seolah olah mereka itu pekak dan buta. (25:73)


Renung-renungkanlah.


No comments: